Sutera Emas Copyright 2011. Powered by Blogger.

Bayar Tebusan dengan Emas

Monday, March 28, 2011

KLANG9 Mac – Polis berjaya memberkas kumpulan penculik yang diketuai seorang bekas pramugara kira-kira 15 minit selepas mereka menerima wang tebusan berupa 10 ketul emas bernilai RM1.44 juta dalam dua serbuan berasingan di bandar ini awal pagi ini.

Serbuan pertama yang melibatkan penahanan dua penculik dilakukan di Jalan Pos Baru di sini kira-kira pukul 1 pagi dan enam jam selepas itu tiga rakan jenayah mereka diberkas di Taman Sentosa.

Terdahulu, polis menyelamatkan seorang pengarah sebuah syarikat sekuriti berusia 62 tahun yang diculik kumpulan itu sejak Isnin lalu di lokasi dirahsiakan pada pukul 12.45 tengah malam iaitu kira-kira 48 jam selepas dia diculik.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pengarah syarikat terlibat yang menghidap penyakit kencing manis diculik di belakang sebuah restoran di Persiaran Raja Muda, Pelabuhan Klang di sini pada Isnin lalu.
Beliau berkata, selepas menculik mangsa, kumpulan penjenayah itu meminta 10 kilogram emas sebagai bayaran tebusan.

Menurut beliau, pihaknya yang menerima laporan berhubung kejadian telah menubuhkan pasukan khas dan berjaya memberkas mereka selepas bayaran tebusan diberi.
“Ketika diberkas kumpulan penculik itu menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max yang ditampal pelekat Unit K-9 dan sebuah motosikal jenis Kawasaki.

“Kesemua penculik, terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan yang pernah bertugas sebagai pramugara selama 13 tahun dan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Nepal.

“Kita juga menemui semula 10 ketul emas di dalam kenderaan pacuan empat roda berkenaan,” kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini petang ini.

Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah yang mengetuai serbuan dan Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof.

Tun Hisan turut menunjukkan 10 ketul emas yang dirampas selain kenderaan pacuan empat roda dan motosikal Kawasaki milik penculik, lima unit telefon bimbit, wang tunai RM45, topeng ski dan ‘teaser gun’.

Tambah beliau lagi, semasa soal siasat dibuat, ada di antara penculik mengaku sebagai pelatih anjing tetapi siasatan yang dibuat mendapati mereka menipu.

“Kita juga mendapati kenderaan pacuan empat roda yang digunakan didaftarkan atas nama isteri salah seorang penculik,” katanya sambil memberitahu kesemua penculik berusia 30-an ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta culik 1961.
Katanya, kesemua mereka juga direman selama seminggu bermula hari ini. Utusan Malaysia

Read more...

Beli Barang guna Dinar & Dirham...

JAKARTA - Sekumpulan penduduk Islam di Indonesia menggunakan duit emas dan perak semasa melakukan urus niaga harian di Jakarta.

Penduduk Islam itu merupakan pengikut Sheikh Abdalqadir as-Sufi iaitu seorang lelaki kelahiran Scotland yang telah memeluk Islam.

Pengikut-pengikut Sheikh Abdalqadir itu membeli-belah dengan menggunakan duit itu untuk membeli makanan, ubat-ubatan, pakaian dan kad telefon.
Nilai untuk satu duit syiling dinar emas ialah AS$153 (RM519) manakala dirham perak ialah AS$3.30 (RM10.80).

Pertubuhan Wakala Induk Nusantara (WIN) ialah badan yang mengedarkan duit emas itu di Indonesia.

"Kami memutuskan untuk menggunakan duit emas dan perak berikutan fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Abdalqadir di bandar Cape Town, Afrika Selatan yang melarang penganut Islam menggunakan wang kertas," kata seorang pegawai WIN, Riki Rokhman Azis.

Menurut seorang ibu tiga anak yang turut mengendalikan perkhidmatan pertukaran wang emas, Kurniawati, secara puratanya empat orang datang ke kedainya setiap hari untuk membeli beras, minyak masak, sabun dan pakaian.
Dia yakin dengan penggunaan wang emas setelah suaminya memberikan mas kahwin dengan menggunakan duit emas lapan tahun lalu. - AFP Kosmo

Read more...

Penggunaan Dinar semakin berkembang...

Tuesday, March 15, 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Berikut keratan akhbar penggunaan dinar yang mungkin menjadi pengganti matawang masa hadapan. Memiliki dinar atau jongkong emas sekarang adalah langkah bijak sebelum nilainya semakin tinggi....


Renung-renungkan!!..... 

Read more...

Jenis-jenis Emas diMalaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa itu Pelaburan Emas?....Emas mana yang ok?...Emas mana yang tak ok??....
Sebenarnya semua emas adalah ok dan baik... cuma yang membezakan antara emas ini adalah dari segi Pengeluar, Jenama, Ketulenan dan Berat sesuatu Emas. Hanya BERAT dan KETULENAN emas sahaja yang mempengaruhi harga sesuatu emas tu. Untuk mempermudahkan anda membuat pilihan, dibawah ni saya senaraikan jenis-jenis emas. Lepas baca, pandai-pandailah anda membuat pilihan.

Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu:
1. Pelaburan secara emas fizikal
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas
Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barang kemas
Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
5. Boleh digadaikan.
Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % – 40%).
Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:
1. Maybank – Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
4. Public Dinar – Dinar emas
5. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas

KIJANG EMAS

KELEBIHAN KIJANG EMAS.
1. Boleh dibeli di Maybank di seluruh Malaysia
2. Mempunyai spread yang rendah (3.1% – 6.6%)
3. Kualiti emas 24k (999.9)
4. Boleh beli guna kad kredit (Maybank sahaja)
5. Harga yang rendah
6. Boleh digadaikan kalau nak guna cash
p/s: Spread bermaksud perbezaan di antara harga belian dan jualan.
KELEMAHAN KIJANG EMAS.
1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan Kijang Emas kerana ia sangat laris.
2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak Maybank tidak akan menerima kembali syiling berkenaan.
3. Boleh dibeli pada waktu banking hour Maybank sahaja.
4. Tak boleh booking kat Maybank. Kena datang cepat-cepat beli kalau ada stok.
5. Kena bayar cash. Cuma kad kredit Maybank yang boleh guna kalau nak beli pakai kad kredit.

EMAS UOB

KELEBIHAN EMAS FIZIKAL UOB
1. Syiling Emas yang dijual adalah syiling emas pelaburan terkemuka dunia.
2. Mempunyai spread yang rendah (2.5% – 19.6%)
3. Kualiti emas 24k (999.9)
4. Harga yang rendah
5. Boleh digadaikan kalau nak guna cash
Antara syiling emas terkenal yang dijual UOB Bank ialah:
1. Canadian Gold Maple
2. Australian Kangaroo
3. Singapore Gold Lion.
KELEMAHAN.
1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan syiling Emas UOB kerana ia sangat laris.
2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak UOB tidak akan menerima kembali syiling berkenaan.
3. Sijil pembelian emas UOB juga tidak boleh hilang. Kalau hilang maka UOB tidak akan menerima semula syiling emas berkenaan.
4. Boleh dibeli pada waktu banking hour UOB sahaja.

EMAS PUBLIC GOLD

KELEBIHAN MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD.
1. Stok sentiasa ada. Tidak seperti Kijang Emas dan UOB yang menghadapi masalah mendapatkan stok emas. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana
pelabur boleh membeli emas ketika harga murah.
2. Harga yang dijual adalah kompetitif
3. Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.0)
4. Spread yang kecil (antara 5% – 6%)
5. Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi mudah untuk membeli produk Public Gold.
6. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan.
Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahn.
7. Emas Public Gold boleh digadaikan.
8. Boleh beli menggunakan kad kredit (tambah 3%) tapi kena pergi office kat Penang.
9. Public Gold menawarkan peluang menjadi agen kepada produk mereka. Jadi bagi sesiapa yang berminat membuat business menjual emas pelaburan maka anda boleh
menjadi agen Public Gold.
Selain membeli syiling emas dan jongkong emas, salah satu daripada emas pelaburan yang boleh dibeli di Malaysia ialah dinar emas.
1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram.
Terdapat 2 jenis dinar emas yang dijual di Malaysia iaitu:
1. Dinar Emas Public Dinar Sdn. Bhd. (anak syarikat Public Gold)
2. Dinar Emas Kelantan

DINAR EMAS PUBLIC DINAR

KEBAIKAN DINAR EMAS PUBLIC DINAR:
1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru nak memulakan pelaburan emas.
2. Spread yang rendah (5% – 6%)
3. Boleh digadaikan di Ar-rahn
4. Design yang cantik
5. Mudah dibeli melalui agen Public Gold.

DINAR KELANTAN

KEBAIKAN DINAR EMAS KELANTAN:
1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru nak bermula
2. Boleh digadaikan di Ar-rahn
KELEMAHAN DINAR EMAS KELANTAN:
1. Spread dinar emas Kelantan agak tinggi iaitu 9%
2. Tidak semua negeri mempunyai Ar-rahn dinar emas Kelantan.

EMAS POH KONG


KEBAIKAN JONGKONG EMAS POH KONG:
1. Anda boleh beli menggunakan kad kredit
2. Mungkin lokasi kedai emas lebih berhampiran tempat tinggal anda.
KELEMAHAN JONGKONG EMAS POH KONG:
1. Harga emas yang dijual adalah tinggi
2. Kadang-kadang ada kos workmanship
3. Spread yang sangat tinggi (10% – 25%)
4. Jongkong Emas Lady Fortuna dan Poh Kong Bunga Raya diletakkan di dalam bekas plastik yang tidak boleh dibuka. Jadi susah kalau nak gadaikan. Kalau buka
juga maka kedai emas akan tolak tinggi sewaktu anda nak jual semula. Memandangkan harga emas yang tinggi dan susut nilai juga terlalu tinggi, penulis e-book tidak
menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas untuk tujuan pelaburan.
Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas.

Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu
1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)
Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan.
Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

Amacam??....dah tahu jenis-jenis emas??.....Harap info ini berguna untuk rujukan anda....renung-renungkan!!!....

Read more...

Jangan tunggu lama-lama....

Tuesday, March 8, 2011

Lagi Keratan Akhbar tentang Emas.....

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP