Sutera Emas Copyright 2011. Powered by Blogger.

60 Fakta Tentang Emas

Friday, January 28, 2011

  1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
  2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum).
  3. Nombor atom untuk emas adalah 79. Ahli kimia tidak pernah berjaya menghasilkan emas tiruan kerana sifat logam berkenaan sukar ditiru.
  4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas,hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai membuat sistem merekod.
  5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial.
  6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
  7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi.
  8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.
  9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat).
  10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
  11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
  12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
  13. Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, penebat luar saltelit, enjin pesawat jet, kapal terbang, industry kesihatan seperti pergigian dan hasil pengeluaran yang lain.
  14. Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan dan konduktor eletrik yang baik.
  15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
  16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain
  17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
  18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
  19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
  20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
  21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kepingan nipis bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m).
  22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.
  23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.
  24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan warna sesuatu kualiti emas.
  25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
  26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.
  27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
  28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
  29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
  30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.
  31. Warna emas tulen adalah kuning metalic.
  32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
  33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa).
  34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak).
  35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.
  36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
  37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang dan pengeluarannya juga tidak member kesan kepada ekonomi dunia.
  38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
  39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
  40. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
  41. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999.
  42. Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum.
  43. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan ubat yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.
  44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
  45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k).
  46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k).
  47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
  48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
  49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
  50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
  51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F).
  52. Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
  53. Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
  54. Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
  55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.
  56. Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan cuaca. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
  57. Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.
  58. Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
  59. Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.
  60. Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.

Read more...

Mesin ATM Emas Pertama di Abu Dhabi

Tuesday, January 25, 2011

Read more...

Harga Emas Dijangka Naik

Read more...

Public Gold On Astro Awani

Read more...

Peranan Emas Live diTV1

Read more...

Apa Kata Bekas Presiden BSKL...

Friday, January 21, 2011


Read more...

Buku Akaun Simpanan Emas. Berbaloikah??...

Thursday, January 20, 2011

Fakta :
  1. Apabila anda membuka akaun simpanan emas ini, anda difahamkan oleh pihak bank bahawa anda telah membeli sejumlah emas yang sama nilai dengan deposit anda, walhal sebenarnya anda hanya memberi pinjaman wang secara percuma kepada bank.
  2. Ada bank yang menawarkan redemption emas fizikal, tetapi sudah pasti anda akan dikenakan caj tambahan.Anda tidak boleh mengosongkan deposit di dalam buku akaun, anda disyaratkan untuk meninggalkan sejumlah amaun yang telah ditetapkan. 
  3. Apabila anda hendak menjual semula (untuk mengambil keuntungan), anda akan dikenakan lagi beberapa cas yang sudah semestinya akan mengurangkan margin keuntungan anda. 
  4. Pelaburan ini tidak melindungi nilai harta dan wang anda kerana anda membayar sejumlah wang hanya untuk mendapatkan sekeping buku akaun dengan beberapa nilai tertulis didalamnya, berbeza dengan anda membayar wang dan dapat seketul emas. 
  5. Apabila berlaku penurunan harga emas, akan sampai ke satu tahap apabila jumlah deposit anda tadi tidak mampu lagi untuk menampung penurunannya, anda diminta untuk membuat sejumlah deposit lagi bagi menampung penurunan tersebut dan pastinya bank akan mengatakan ini adalah peluang untuk anda membeli emas dengan harga yang lebih rendah. Hakikatnya, apabila harga emas menurun pasti sesuatu telah berlaku terhadap ekonomi dunia dan sudah pasti ekonomi negara dan anda sendiri juga terkena tempiasnya!! pada waktu itu adakah anda masih mempunyai wang untuk membuat deposit lagi? 
  6. Sekiranya anda tidak membuat deposit tersebut maka wang anda kan hilang begitu sahaja. Perkara yang tidak diketahui umum ialah sebenarnya deposit di dalam akaun ini tidak dilindungi oleh PIDM!! 
  7. Bank hanya memberi figure kepada anda, wang deposit anda tidak didagangkan pun, tetapi digunakan oleh pihak bank secara percuma, dan jika anda kehilangannya bank akan untung besar!! Jika anda untung sekalipun bank akan tetap untung besar kerana telah menggunakan wang anda untuk menjana keuntungan dan mengenakan beberapa cas kepada anda. 
  8. Anda dikenakan spread yang besar jika mahu menjualnya semula disamping beberapa cas sampingan yang perlu dibayar.
Renung-renungkan!!!.....

Read more...

KELEBIHAN MENJADI DEALER

  1. Jika tuan/puan ingin membuka kedai emas mungkin modal jutaan ringgit tapi dengan Public Gold hanya beli satu product Public Gold sahaja mengikut harga semasa.
  2. Tiada yuran keahlian & Tiada sales target.Produk Public Gold sangat senang dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas. Perbezaan diantara harga belian dan jualan sekitar 5% – 6% adalah sangat kecil.
  3. Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order daripada Public Gold menggunakan kaedah online / sms / call/ melalui Dealer.
  4. Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan beratnya tetap sama.
  5. Agen diberi pamplet oleh syarikat dan nama tuan/puan akan dipaparkan di website Public Gold & blog Sutera Emas. Jadi senang nak buat promosi.
  6. Public Gold memberi komisyen sebanyak 1.5% untuk jualan dan 0.3% untuk belian semula. Maksudnya, kalau tuan/puan order stok daripada Public Gold maka anda akan dapat komisyen 1.5% (daripada nilai jualan). Contoh anda beli emas 50g, berharga RM8,000.00  jadi, komisyen anda adalah (RM8,000 x 1.5%).
  7. Jika anda menjual emas semula kepada Public Gold, maka anda akan dapat 0.3% komisyen (daripada nilai keseluruhan emas).
  8. Tetapi jika anda pandai mengatur strategi, maka anda boleh mendapat komisyen yang lebih tinggi seperti 5% ke 6% untuk setiap jualan.
  9. Tiada target jualan bulanan. Anda akan dapat komisyen berdasarkan nilai jualan emas anda.Kalau jual 1 dinar pun tetap akan dapat komisyen jualan.

Read more...

PELUANG KEEMASAN!!!....

Tuesday, January 18, 2011

 Terms & Condition

  • Purchase of 2 pieces of 250gm Gold Bar, automatically will become PG Authorized Priority Dealer to enjoy the 1.5% sales commission.
  • This promotion is open for all PG Customer and Public Gold Authorized Dealer.
  • Promotion period: 16th January 2011 to 30th April 2011.
  • All transaction can be using Normal Payment Purchase or Easy Payment Purchase (Allowed for 6 months EPP payment method).
  • All sales purchase must be in single receipt.
  • Public Gold reserves the right at its absolute discretion to vary, delete or add to all or any of the Terms and Conditions herein from time to time and at any time without prior notice.


APA TUNGGU LAGI...HUBUNGI SUTERA EMAS DENGAN SEGERA.....

Read more...

5 Fakta Dinar Emas yang perlu diketahui...

Monday, January 17, 2011

1. Dinar emas mampu dimiliki oleh semua golongan kerana harganya yang rendah iaitu sekitar RM600-650 bagi setiap 1 dinar yang dibeli. Jadi, jika anda ingin bermula dalam pelaburan emas, mendapatkan dinar sebagai permulaan adalah langkah yang tepat!
2. Harga dinar tidak naik atau turun secara mendadak dalam tempoh 24 jam walaupun harga emas dunia naik melambung. Ada sesetengah pendapat ini pasti akan  melambatkan proses mengaut keuntungan. Namun ramai yang terlepas pandang dinar emas sebenarnya adalah penyelamat bagi kita kerana kadar penurunan harga
yang mendadak atau terlampau rendah tidak berlaku bagi tempoh 24 jam. Ramai orang yang melabur rugi kerana terlalu pentingkan 'Teknik Serangan' tetapi terlupa tentang 'Teknik Bertahan'. Dengan memiliki dinar emas dijamin pelaburan anda akan terselamat!

3. Apabila mula membeli dinar emas, jangan sesekali anda menjualnya kembali. Ianya berbeza jika anda seorang pelabur atau sebagai penjual emas. Percayalah, jika anda menjual dinar emas anda hari ini, pada satu hari jika anda mahu membelinya kembali tidak mungkin anda mendapat harga lebih rendah sepertimana anda beli
dahulu.

Jadi, apa perlu anda buat jika anda perlukan wang tetapi hanya ada dinar emas di dalam tangan?.

4. Dinar emas boleh digunakan di waktu kecemasan tanpa anda perlu menjualnya. Apa yang perlu dilakukan adalah bawa dinar anda ke Agrobank (dahulunya Bank Pertanian). Dapatkan perkhidmatan Ar-Rahnu. (Upah simpan termurah)
Di sana anda boleh pajakkan dinar tersebut.

Lihat situasi di bawah:

1) Anda membeli 1dinar 2 minggu lepas pada harga RM630.

2) Tiba-tiba anda memerlukan RM400 untuk kegunaan peribadi. Anda jangan jual, tetapi anda pajak dinar tersebut.

3) Di Ar-Rahnu (Agro Bank), anda akan mendapat 70% pinjaman dengan dinar tersebut. Dari nilai dinar yang dikira, anda akan menerima RM441! Ya, anda boleh dapat 70% dari nilai dinar emas anda. Memang berbaloi sangat dengan dinar emas.

4) Dan selepas dikira upah simpan yang dikenakan hanyalah RM23 sahaja selama 6 bulan. Memang murah sangat kan?

5) Selepas itu, gunakanlah wang pajakan tu. Jadi dapatlah anda selesaikan masalah peribadi anda dengan wang tersebut.

6) Alamak! Bagaimana dengan pembayaran? Sebenarnya anda perlu membayar hanya selepas sebulan anda membuat pajakan iaitu sebanyak lebih kurang RM77.50  setiap bulan selama 6 bulan sahaja.

Kiraannya adalah RM77.50 X 6 bulan = RM464...

RM441 (Pinjaman Anda) + RM23 (Upah Simpan) = RM464

~ Tiada Interest, Tiada Bunga, Tiada Caj Tersembunyi ~ Hanya itu yang perlu anda bayar! Teruja bukan?

7) Selepas itu anda akan kembali menerima Dinar Emas kesayangan anda. Dan bayangkan selepas anda memegangnya kembali, dijamin harganya ketika itu adalah lebih tinggi semasa anda pajakkan 6 bulan lepas! .Wow!!!...Untung bukan?

Jadi masalah peribadi anda selesai, dinar anda juga masih di tangan. Tak salah lagi mengapa ianya layak digelar sebagai pelindung kekayaan!

Memang terbukti hebat kan dengan dinar emas? Saya bukan menggalakkan anda untuk pajak emas, tetapi ianya adalah salah satu teknik supaya anda tidak kehilangan dinar emas anda itu. Gunakan teknik ini jika anda benar-benar
perlukan wang bukannya untuk berjoli sakan pula ya...? :)

5. Ini juga perkara yang ramai terlepas pandang. Dinar Emas sebenar boleh digunakan sebagai mas kahwin. Mungkin anda pun tahu komposer terkenal M.Nasir berkahwin dengan Marlia Musa dengan menjadi 13 dinar emas sebagai mas kahwin. Pada ketika itu 13 dinar hanya bernilai RM2000. Dan anda boleh lihat post diatas tentang teknik pajak, RM620 untuk 1 dinar. Ianya bermakna mas kahwin itu (13 dinar tersebut) hari ini bernilai lebih RM8000.
 


Memang hebat bukan? Kenaikan nilai yang sangat menakjubkan!

Baiklah, sebagai contoh mudah, jika anda ingin berkahwin dalam tempoh setahun lagi, anda perlu mula membeli 1 dinar setiap bulan mulai hari ini. Mahu atau tidak pastinya anda perlu mengumpul wang bukan perkahwinan anda bukan? Disarankan kepada anda, tukar cara simpanan dalam bentuk dinar dengan amalkan '1 Bulan 1 Dinar'. Genap setahun anda sudah memiliki 12 dinar. Katakan modal anda membeli
dinar tersebut adalah RM7000.  Percayalah pada ketika itu nilai dinar anda akan meningkat dah boleh mencapai sehingga RM9000. Jadi ketika inilah anda boleh cairkan 10 dinar anda untuk perbelanjaan perkahwinan dan 2 dinar lagi boleh dijadikan mas kahwin jika mahu. :)

Jadi, diharap 5 fakta diatas yang telah menjadi amalan, telah Berjaya dipraktikkan diharap dapat memberikan anda satu persepsi baru bahawa anda juga perlu memiliki dinar emas ini.

Saya juga sebenarnya rasa terlambat mengetahui akan kepentingan dinar emas ini. Dahulu tiada orang yang mendedahkan akan info sebegini kepada saya. Jadi saya tiada pengetahuan dan ilmu tentangnya, mereka hanya diam dan tidak mahu dedahkan kekayaan sebenar ini kepada orang lain.

Tetapi hari ini, saya suka berkongsikannya dengan anda. Anda sudah tahu akan maklumat ini. Dan anda sepatutnya memiliki dinar emas anda yang pertama hari ini juga.

Ianya adalah DINAR EMAS! Ianya penyelamat anda!....

Read more...

Macamana Nak mula???

Saturday, January 15, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Disebabkan ramai yang call saya tanya macam mana nak mula? Macam mana nak beli emas ni? Sekarang saya nak cerita sikit..

Sebenarnya senang saja..seperti yang anda semua maklum..harga emas ni sentiasa dalam trend menaik..walaupun ada kala harga jatuh adakala harga naik..tapi secara keseluruhannya..harga emas tetap dalam trend menaik..
 

Cuba tengok graf kat bawah ni..untuk jangka masa 10 tahun..


Semua ni boleh dirujuk di website http://www.kitco.com/charts/livegold.html
Ok...sekarang macammana pulak nak mula?

Sila tengok bahagian gold live price kat sebelah kanan blog ni untuk harga semasa goldbar dan dinar live price untuk harga semasa dinar.

Contoh Harga semasa (15/1/2011, jam 8.10pm) bagi Emas Public Gold, adalah seperti jadual dibawah.



Dibawah ini pula contoh Harga semasa (15/1/2011, jam 8.10pm) bagi Emas Public Dinar



Ramai juga yang bertanya apa beza Emas Public Dinar(PD) dan Emas Public Gold(PG). Emas Pbulic Dinar (PD) adalah kepingan emas 22K dengan ketulenan 916. Manakala Emas Public Gold (PG) pulak adalah emas 24K dengan ketulenan 999.9 atau dalam bahasa kampung dipanggil emas 10. PD dan PG adalah dibawah keluaran syarikat yang sama iaitu dari syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Public Gold. Jadi, beza emas PG dan emas PD adalah pada ketulenannya

Emas PG terdapat dalam bentuk;
 
  • 20 gram 
  • 50 gram (bentuk Bar) 
  • 50 gram (bentuk syiling/coin)
  • 100 gram
  • 250 gram
  • 1 kilogram
 Emas PD pula terdapat dalam bentuk;
  • 1 Dinar
  • 5 Dinar
  • 10 Dinar
Kalau nak tengok rupa bentuk emas Bar Public Gold dan Dinar Public Dinar, sila tengok kat photobucket di sebelah kanan blog ni.

Seronokkan kalau emas tu jadi milik anda bila anda dah beli nanti, sijilnya akan diberikan sekali kepada anda yang mengesahkan ketulenan emas tersebut.....menarikkan..

Selepas dah teliti harga Public Gold dan Public Dinar, Anda boleh la call saya di 019-8611787 untuk lock harga tu.. sebab kalau tidak lock takut harga tu naik pulak bila nak beli nanti..

Kawasan2 yang boleh buat tempahan kat saya :

1. Sekitar Kota Kinabalu (Tuaran, Penampang, Inanam, Tuaran, Papar)
2. Kota Belud
3. Kota Marudu
4. Kudat
5. Pitas

Kalau anda dari luar kawasan yang saya nyatakan diatas, juga boleh hubungi jika nak tahu dealer berhampiran anda, saya sedia membantu anda....

Jadi jangan tunggu lama-lama..lock price sekarang..harga naik ke harga turun ke..anda pasti x rugi..

INGAT...SELAMA INI KITA HANYA BELI CINCIN, GELANG KAT KEDAI EMAS...SKARANG KITA ADA JONGKONG EMAS SENDIRI...KITA BEBAS NAK BUAT APA DENGAN EMAS TU.....inilah pelaburan yang sebenar....

Read more...

TOP 5 EMAS vs DUIT

Friday, January 14, 2011

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
  • Emas tidak boleh dibinasakan. Walaupun bengkok, harganya tetap sama dan masih bernilai. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Begitu jugak dengan duit. Duit kertas mudah koyak, rosak dan terbakar.
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. 
  • Tahun 2002, harga 1 Dinar adalah RM140, sekarang tahun 2011 harganya RM650.....naik atau turun???...
3. Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang.
  • Ramai orang mengamuk, tak puas hati, kutuk kerajaan kerana kenaikan harga barang, minyak. Sebenarnya harga semua tu tidak naik, tetapi nilai duit yang merosot sebenarnya. Dulu harga sebiji kelapa parut adalah 10-20 sen sebiji. Sekarang???......

 4. Emas adalah aset yang terunggul.
  • Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.
  • Cuba kita bawakan duit RM negara kita dan kita membeli-belah di Australia @ Hong Kong atau mana-mana lah diluar negara.....adakah diorang terima duit Ringgit Malaysia???...... tetapi kalau kita tunjuk emas kat diorang....semua laku.
5. Emas tidak boleh dimanipulasikan
  • Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
  • Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi.
3 biji telur berharga 100 Bilion
Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Negara kita juga pernah mengalaminya semasa pendudukan jepun dulu. Duit jepun yang ada gambar pokok pisang adalah duit rasmi Malaya ketika itu. Apabila kejatuhan Jepun, adakah kita boleh menggunakannya sekarang??....

Anda boleh membaca kisah kegagalan yang kertas di sini:
http://www.mint.com/blog/finance-core/hyperinflation-the-story-of-9-failed-currencies/

So, apa tunggu lagi.....Harga Emas makin lama makin naik.... SMS @ Call me untuk tempahan.

Read more...

‘Dolar Seperti Tisu Tandas’-Dr.M


Read more...

1 Bulan 1 Dinar...2015 boleh pergi haji

Thursday, January 13, 2011

BETUL KE?.......nampak macam temberang jer..tapi itu lah hakikatnya yang harus kita terima.

Sebab apa jadi begitu?...Jawapannya satu je...Nilai wang MENURUN dan nilai emas NAIK.

KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-
Tahun 2002:-
1 Dinar = RM 140
Kos Haji = 65 keping(ikut gambar graf di atas) X RM 140
Jumlah = RM9,100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.
Tahun 2009:-
1 Dinar = RM 502
Kos Haji = 18 keping (ikut gambar graf di atas) X RM 502
Jumlah = RM 9,036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.

Tahun 2010:-
1 Dinar = RM 595
Kos Haji = 17 keping (tengok gambar Harga Public Dinar) x RM 595
Jumlah = RM 10,115.00 ( Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980)
Sumber kos haji : Berita Harian
“Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!”
“Kos Haji pada tahun 2010 pula kekal RM 9,980 tetapi jumlah Dinar yang diperlukan hanya 17 keping sahaja. Ini bermakna kos Haji berkurang jika menyimpan di dalam bentuk Dinar Emas.”
Jika berdasarkan trend ini, dan mula meyimpan dalam DINAR sekarang sebanyak paling kurang 2 Dinar setahun, pada tahun 2015 insyaAllah kita akan mampu membiayai haji dengan kos 10 Dinar!!

Oleh itu, marilah kita sama-sama menyimpan dan menabung dalam bentuk Dinar Emas kerana emas sememangnya berpotensi dan merupakan pemegang nilai yang unggul. Kepada para pembaca, sebarkanlah kepada orang ramai bahawa menyimpan emas banyak kebaikan dan memanfaatkan kita umat Islam. Sekiranya yakin dengan emas dan juga berminat untuk mendapatkan dinar emas, jangan malu-malu untuk sms atau menghubungi saya, Sabri@Sutera Emas di talian 019-8611787.

Read more...

Antara Duit dan Emas.....Yang mana anda pilih?

Sejak dari kecik lagi, kita di 'buka mata" untuk menyimpan menyimpan duit dalam akaun pelaburan seperti ASB, ASN, ASM, untuk menjamin masa depan kita.

Harga Emas tahun 2010
Memanglah perkara macam tidak dinafikan sangat baik. Masa kecil pun kita selalu diingatkan oleh emak dan ayah supaya menyimpan duit dalam tabung. tak kisahlah berapa pun....10 sen sehari pun dah cukup. kalau dah terkumpul 10 hari dapat jugak RM1....banyak tuuuu.

Satu lagi, seingat saya, dulu masa darjah satu (sekarang dipanggil tahun 1), mak bagi 20 sen sehari untuk belanja disekolah. Saya pun tak ingat apa yang saya beli tapi yang pasti, duit 20 sen tu cukup untuk mengenyangkan perut saya sepanjang persekolahan hari tu.

Tetapi bila difikirkan sekarang selepas 25 tahun, berapa sangat yang kita boleh dapat dengan nilai 20sen? Cuba fikir-fikir kan kemana hilang nya nilai 20sen yang dahulunya besar? Masuk tandas pun kena bayar 30 sen. Adoiii....

So, sekarang cuba kita fikir, kemana hilangnya nilai wang?....Adakah nilai tersebut semakin naik atau kurang?

Kalau anda ada ikuti perkembangan perkembangan emas dari tahun ke tahun, anda dapat perhatikan bahawa kenaikkan harga emas setiap tahun adalah secara puratanya 25% setiap tahun tanpa megira keadaan ekonomi..samaada meleset atau tidak...Cuba kita tanya makcik-makcik atau kaum hawa, pada tahun 2005 dahulu harga emas semasa berada pada harga RM50-55 segram. Kalau dibeli sebanyak 20gram ketika itu..baru berharga dalam RM 1,000.00. Tapi...... sekarang pada tahun 2010/2011, harga emas telah melonjak hampir 150% sehingga RM150-200 segram. Jadi anda memerlukan sebanyak RM3000-3500 untuk membeli dengan nilai atau berat yang sama seperti 5 tahun lepas.


Cuba kita try test....Simpan duit dalam peti besi sebanyak RM650 dan sekeping duit 1 Dinar emas yang harganya pun RM650. Selepas 5 tahun, anda keluarkan..dan fikir fikirkan nilai emas anda dengan nilai duit anda tu...... Mana satu yang bernilai dan mana satu tidak bernilai? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.... 

Read more...

Dr. Mahathir Galak Rakyat Simpan Emas

Saturday, January 8, 2011

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.

"Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.

Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.

MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).

Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan

Read more...

Emas Public Gold

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP