Sutera Emas Copyright 2011. Powered by Blogger.

KENAPA TAKUT NAK MULA???......

Tuesday, May 10, 2011

Masih ramai yang keliru tentang emas ini sebenarnya...

~ Ramai yang bertanya pada saya, bagaimana nak melabur/membeli?
~ Ramai yang sangkakan pelaburan emas ini macam pelaburan lain seperti  ASB, unit trust dan lain-lain.
~ Ramai yang menyangka pelaburan emas ini dikendalikan oleh orang lain atau bahasa mudahnya, orang tengah. Mereka perlu laburkan sejumlah wang untuk diuruskan oleh orang tengah tersebut, maknanya orang tengah tersebut yang akan menguruskan keuntungan pelaburan yang telah dibuat.
~ Ramai yang menyangka emas yang dibeli mesti dibuat jual-beli macam jual-beli saham.
~ Ramai yang selalu berkata tentang membeli emas itu adalah satu PELABURAN. 
~ Ramai yang tak faham kenapa mesti beli emas.
    Sangkaan mengenai pelaburan emas ini adalah SALAH.

    Membeli Emas bukanlah PELABURAN tetapi SIMPANAN....

    Membeli/memiliki emas ini samalah seperti kita membuat simpanan wang dalam akaun simpanan, cuma bezanya wang tersebut kita gunakan untuk membeli emas dan simpan untuk satu jangka masa tertentu. Wang di simpan di dalam akaun, tetapi emas ini kita yang menyimpan. Ramai yang sangkakan apabila kita melabur dalam emas ini, emas itu disimpan oleh orang yang menjual emas tersebut. Tidak sama sekali. Sebenarnya, apabila anda melaburkan wang anda dalam pelaburan ini untuk membeli emas, emas itu adalah menjadi hak milik kekal. Jadi andalah yang menyimpannya dan menghilangkannya jika tidak disimpan dengan elok. Anda jugalah yang menentukan sendiri bila anda akan menjualnya apabila harga emas tinggi untuk mendapat keuntungannya. Bagi saya, pelaburan emas inilah yang paling mudah, kerana anda sendiri yang menentukan keuntungan yang anda inginkan. Jadi, tidak perlu takut ditipu oleh orang ketiga atau bimbang akan kerugian. Anda akan rugi hanya apabila anda menjual emas yang anda beli pada harga yang lebih rendah daripada harga yang anda beli. Jadi, jika harga emas jatuh, janganlah anda jual emas tersebut. Juallah apabila harga emas telah melambung tinggi. Barulah anda dapat lihat akan keuntungannya.

    Ramai juga yang bimbang apabila melihat harga emas jatuh dalam trend naik turun harga emas. Jika anda telah lihat bagaimana bentuk trend harga emas dunia dalam sejarah, kebimbangan anda akan terjawab kerana harga emas terus meningkat dalam jangka masa panjang. Atas sebab itulah emas adalah satu pelaburan yang sangat menguntungkan dalam jangka masa panjang. Saya ulang, pelaburan yang sangat menguntungkan dalam jangka masa panjang. Janganlah hendakkan keuntungan dalam masa pendek, kerana harga emas ini memang naik dan turun dalam jangka masa pendek. Untuk anda yang fikirkan keuntungan dalam jangka masa panjang, mungkin fikirkan masa depan anak-anak sekolah, zaman persaraan, ingin tunaikan haji, eloklah anda mula menyimpan emas. Mungkin anda fikir emas sekarang mahal, tapi semakin lama anda bertangguh, semakin mahal nak dapatkan emas. Jadi, jangan takut memulakan langkah.... Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Untuk apa kita menyimpan wang ringgit dalam bank untuk jangka masa panjang? Kerana wang ringgit adalah wang fiat yang makin susut nilainya. Lihat saja nilai wang sekarang dengan nilai wang dahulu. Tidak perlu pergi jauh untuk difikirkan....Contoh paling dekat macam ni...

    1. Duit kertas bernilai RM1 dimiliki oleh Ali.
    2. Skeping emas bernilai RM1 dimiliki oleh Mamat.

    Pada tahun 2010 harga sebiji kelapa parut adalah RM1.
    Pada tahun ini (2011) harga sebiji kelapa parut adalah RM1.30

    Pada tahun 2011, Ali terpaksa mencari lagi duit tambahan sebanyak 30sen untuk membeli kelapa parut. Tetapi Mamat tidak perlu menambah emasnya sebab pada tahun 2011, emasnya yang bernilai RM1 telah meningkat menjadi RM1.30 atau lebih......Ini samalah dengan fenomena yang melanda dunia. Ramai yang merungut/marah sebab kenaikan harga barang.

    SEBENARNYA HARGA BARANG TIDAK NAIK tetapi NILAI DUIT YANG TURUN/SUSUT. Harga barang sekarang dengan harga barang 10 tahun yang dulu sudah tentu tidak sama. Inilah yang dikatakan inflasi. Tapi jika anda menyimpan emas sejak 10 tahun yang lalu? Anda boleh lihat trend harga emas dalam masa 10 tahun yang lalu.....
    Renung-renungkan....

    Read more...

    Kajian Kes 1: Beli Sesuatu Yang Mahal, Tapi Bayar Dengan Harga Murah!!

    Thursday, May 5, 2011

    Umum mengetahui bahawa wang kertas yang ada pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi ianya jadi bernilai apabila disandarkan kepada rizab simpanan emas.

    Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebihi nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu yang dipanggil "Fiat Money". Ianya hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan nilai muka diatasnya, tanpa ada emas yang menjadi sandarannya.


    Justeru, bagi menambah nilai kepada wang fiat yang kita miliki, maka sandarkanlah ia dengan emas.


    Caranya?

    Beli emas, cagarkan di Ar-Rahnu, kemudian tunai yang anda dapat hasil cagaran itu tadi baru boleh anda belanjakan. Itulah teknik kita untuk menambah nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi.


    Maka saya sangat tidak setuju jika ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa memajakkan emas adalah merugikan!! Sedangkan ianya adalah sandaran kepada wang tunai anda.


    Contoh :


    Seorang rakan saya mempunyai tunai sebanyak RM100k dan beliau ingin membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah kereta baru yang berharga RM 70k.


    Saya memberi pandangan kepada beliau, jika beliau membuat pinjaman tidak sihat untuk membeli sesuatu yang susut nilai bahkan akan menjadi liabiliti disebabkan kos2 sampingan termasuk maitanance, ianya adalah satu tindakan yang kurang bijak, sedangkan beliau mempunyai tunai yang banyak.


    Justeru, saya menyarankan beliau agar menyandarkan belian sesuatu yang susut nilai kepada sesuatu yang meningkat nilainya, agar beliau tidak mengalami kerugian!!


    Saya mencadangkan agar RM 100,000 tersebut dibelikan emas, pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai dan bayar kereta tersebut secara tunai.


    Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 3 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 75%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 175,000.00.


    Pada ketika itu, beliau boleh menjual emasnya dan menebusnya dari Ar-Rahnu.


    Perkiraan mudahnya ialah :
    RM 175,000.00 (Hasil Jualan Emas) - RM 70,000.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM 105,000.00

    RM 105,000.00 - RM 21,600.00 (Upah simpan 3 tahun) = RM 83,400.00 (Untung dlm tgn)

    Nah, dalam hanya 3 tahun, beliau telah mendapat semula RM 83,400.00.

    RM 100,000.00 (Modal asal ) - RM 83,400.00 (Untung dlm tgn) = RM 16,600.00

    Ini bermakna beliau telah membeli sebuah kereta yang berharga RM 70,000.00 dengan hanya membayar RM 16,600.00!!
    Dan upah simpan yang beliau bayar hanyalah kira2 RM 600.00 sebulan, sedangkan jika beliau membuat pinjaman bank sebanyak RM 70,000.00 untuk membeli kereta, sudah pasti bayarannya mencecah hampir RM 1,000.00 selama 9 tahun!!

    Anda nampak betapa mudahnya jika kita tahu bagaimana untuk memanipulasikan kewangan melalui pelaburan emas kan? justeru jangan bazirkan setiap sen wang anda.


    Sentiasa sandarkan dengan emas, emas dan emas!!!


    Jadi jangan takut untuk membeli emas, tak perlu tunggu harga turun, jika anda beli ketika harga tinggi, lebih tinggi tunai yang anda akan perolehi hasil pajakan Ar-Rahnu!!


    Konsep pelaburan emas ini sangat subjektif dan mudah untuk dimanipulasikan, yang penting anda tahu cara pengurusannya.


    Jadi, bertindak sekarang untuk mengelakkan kerugian demi kerugian.

    Membeli Emas = Menginsurankan & Meningkatkan Nilai Wang


    Di Agro Bank, anda boleh sambung pajakan 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan, kemudian jika anda masih mahu meneruskan pajakan, Ar-Rahnu akan buat valuation semula dengan Nilai Marhun yang baru sehinggalah 18 bulan seterusnya, dan buat lagi valuation dan seterusnya.


    Bermakna, jika kenaikan pada waktu itu 30%, anda akan mendapat lebihan tunai lagi!!


    Jika selepas 18 bulan Ar-Rahnu tidak lagi menerima pajakan, sudah tentu Ar-Rahnu sendiri akan kerugian!

    Renung-renungkan dan Selamat Beramal..... 

    Read more...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

    Back to TOP