Pelaburan Emas Melalui Barang Kemas
Tuesday, October 4, 2011
“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%).
Jadi, anda perlu memilih barang kemas terbaik kerana anda boleh mendapat keuntungan yang maksima daripada barang kemas tersebut.
Kelebihan barang kemas.
Berikut adalah senarai kelebihan membeli & memiliki barang kemas.
- Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya.
- Kelebihan dari segi zakat emas (keberkatan)
- Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal
- Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan sentimental value yang kuat kepada penerimanya.
- Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).
Kelemahan barang kemas.
Berikut adalah kelemahan-kelemahan barang kemas.
- Harganya mahal jika anda beli di kedai emas yang ikut harga FGJAM (ada kedai emas yang boleh jual emas di bawah harga FGJAM).
- Ada kos workmanship (upah tukang). Upah ini pula bergantung kepada design barang kemas tersebut. Semakin sukar bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin mahal.
- Susut nilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding jongkong (antara 25% sehingga 40%)
- Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek). Dah ler tak boleh nak pakai, simpan kena zakat. Kalau tolak kat kedai kena tolak susutnilai 25%.
- Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau ada batu permata (sebab tak boleh timbang dengan densimeter)
- Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada banyak batu permata sebab nilai belian cuma dikira berdasarkan berat emas.
Jadi, sebagai pelabur yang bijak, anda perlu memilih barang kemas yang boleh memberikan keuntungan dan manfaat yang maksimum kepada anda.
Bagaimana memaksimakan keuntungan dengan barang kemas?
- Selidik samada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM (www.fgjam.org.my) Kadang-kadang, kedai emas memaparkan harga FGJAM namun bila kita tanya betul-betul, rupa-rupanya mereka boleh bagi harga lebih murah.
- Selidik kos workmanship untuk design kesukaan anda di beberapa buah kedai emas. Kemudian tawar-menawar untuk harga upah.Sebenarnya, harga upah antara satu kedai dan kedai lain adalah berbeza walaupun design adalah sama (sehingga 100% perbezaan).
- Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas. Elakkan membeli barang kemas dibawah gred 916 (contohnya 20 karat atau 18 karat).
- Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus. Belilah barang kemas yang tahan lasak (lebih tebal dan kasar). Jika kita membeli barang kemas yang nipis, halus atau berlubang maka risiko kerosakan adalah tinggi contohnya putus, kemek, bengkok dan patah. Kelebihan design emas yang padu adalah ia boleh memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Kalau barang kemas nipis, kerap terjadi mesin densimeter membuat bacaan gred yang lebih rendah seperti 20k atau 18k walaupun sebenarnya emas tersebut 22k.
- Pilih design yang tiada batu permata (emas 100%). Elakkan sama sekali membeli barang kemas dibawah gred 916 dan ada batu permata. Biasanya kedai emas tidak mengira berat batu permata.Mereka hanya mengira nilai emas sahaja. Ini bermakna kilauan permata yang kita beli itusebenarnya tiada harga.
- Pilih kedai yang ambil balik barang mereka dengan nilai yang tinggi. Kadang-kadang ada juga kedai emas yang tidak mengikut standard susutnilai biasa iaitu 25%,kalau anda bertuah, mungkin anda terjumpa kedai emas yang meletakkan nilai susut emas terpakai sebanyak cuma 15% tapi anda perlu rajin mencari kedai-kedai emas tersebut. (resit asal perlu disertakan semasa menjual balik).
Read more...
Labels:
FAKTA EMAS
Produk i-Series 22K
Friday, September 30, 2011
Inilah Produk terbaru publicgold.....cantik dan murah berbanding harga dikedai emas.
Untuk harga terkini, boleh check harga semasa di http://www.publicdinar.com.
Kalau anda berminat,boleh sms atau call 019-8611787.
Read more...
Labels:
i-Series
PRODUK BARU "I-SERIES"
Thursday, July 28, 2011
Salam sejahtera, Dah lama juga saya tak update blog ni, Alhamdullilah, minggu ini harga emas telah meningkat tinggi, kepada mereka yang masih belum membeli emas, beli sekarang sebelum harga semakin mahal. PublicGold telah mengeluarkan produk baru berupa barang kemas yang di namakan i-series, produk ini 3 saiz iaitu 20g,50g dan 100g dan akan datang akan dikeluarkan dalam berat 5g dan 10g.I-series diperbuat dari emas 916.
Kelebihan I-Series:
- Berketulenan 22 karat (Gred 916)
- Spread cuma 10% terendah di Malaysia. Biasanya spread di kedai sekitar 25 – 40%.
- Guaranteed buy back oleh Public Gold
- Harga mengikut harga semasa dunia (refer di website saya di sebelah kanan)
- Tiada harga upah.
- Harga lebih murah dari pasaran (refer harga pasaran di www.fgjam.org.my)
Harga terkini boleh dilihat dengan klik di sini—–>> www.publicdinar.com
Jadi jika anda berminat untuk membeli emas “I-Series” ini anda boleh menghubungi saya segera019-8611787
Read more...
Labels:
PROMOSI
Berapa tinggi harga emas naik tahun 2011?

Mengikut Zero Hedge, kenaikan harga emas pada tahun 2001 sehingga 2010 adalah di antara 0.7% dan 31.9% setahun. Secara purata bagi tempoh 10 tahun, kenaikan adalah sebanyak 18.4%.
Berdasarkan pengiraan, Zero Hedge menjangkakan bahawa harga emas pada tahun 2011 adalah di antara USD1,771.60 dan USD1,875.09 satu aun. Jika kita convert kepada ringgit, ianya lebih kurang di antara RM177 dan RM187 satu gram.
Sumber: http://sharinginfoz.blogspot.com/2011/01/berapa-tinggi-
harga-emas-boleh-naik.html
Labels:
BERITA EMAS
Kuasa Beli Kita Merosot !
Wednesday, June 15, 2011
Kerajaan diminta melihat secara serius kemerosotan kuasa membeli di kalangan rakyat Malaysia yang semakin membimbangkan di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat (AS) , sedangkan penyusutan mata wang paling berpengaruh di dunia itu sepatutnya memberi faedah kepada nilai ringgit.
Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali berkata, ini kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidak seimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sesebuah negara.
Beliau berkata, Malaysia menggunakan indeks inflasi yang terdiri daripada barangan kawalan dalam menentukan kestabilan ekonomi negara sedangkan kuasa beli adalah petunjuk sebenar.
Menurut beliau, secara rasionalnya apabila nilai ringgit meningkat, sepatutnya keupayaan untuk berbelanja di kalangan rakyat Malaysia lebih besar.
Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tidak berlaku, sebaliknya kemerosotan kuasa beli semakin terjejas sejak kebelakangan ini.
”Persoalannya mengapa rakyat kita tidak dapat menikmati kelebihan kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS dalam kuasa beli?.
”Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau berkata, tahap kuasa beli di Malaysia terlalu berbeza berbanding di Amerika Syarikat kerana sekurang-kurangnya rakyat negara itu masih berpeluang membeli lebih banyak barang di pasar raya walaupun nilai mata wangnya menyusut.
”Sepatutnya kuasa membeli di kalangan rakyat AS lebih sukar kerana mata wang mereka tidak memberi apa-apa makna, tambahan pula negara itu adalah negara pengimport tetapi mengapa mereka terus menikmati kuasa membeli?
”Jawapannya adalah model ekonomi negara itu jauh berbeza dengan Malaysia walaupun kita dalam proses ke arah itu.
”Di negara maju, lebih banyak rakyat berbelanja bagi barang tertentu, lebih murah harganya tetapi di Malaysia lebih banyak barangan tertentu dibeli, harganya boleh meningkat. Itu bezanya dan ia perlu diberi perhatian oleh kerajaan,” katanya.
Sebab itu, katanya. rakyat Singapura masih boleh menikmati harga teh tarik S$0.80 secawan pada nilai mata wang mereka tetapi di Malaysia harga bagi minuman itu terus meningkat daripada RM1.00 kepada RM1.50 hingga RM1.80.
Singapura masih mampu mengekalkan nilai mata wangnya kerana strategi monetari negara itu yang meningkatkan dolar Singapura.
”Sebab itu, walaupun berlaku kenaikan dalam dolar Singapura, kuasa membeli di kalangan rakyatnya tidak terjejas, seperti di AS, tambahnya.
Berikutan itu, katanya, kerajaan perlu mengatasi masalah ini dengan segera kerana sekiranya dibiarkan ia boleh mengundang kepada ketidakstabilan ekonomi isi rumah tempatan.
Tegas beliau, kerajaan sepatutnya turut melakukan pemantauan barangan bukan kawalan yang sebenarnya menjadi barangan asas keperluan dapur, selain barangan kawalan.
Jelasnya, ia penting kerana barangan asas yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian telah menunjukkan peningkatan melebihi 100 peratus.
”Kalau dibandingkan dengan tepung, berapa banyaklah yang digunakan oleh isi rumah berbanding keperluan seperti sabun mandi dan sabun basuh,” ujarnya.
”Tiada ada gunanya kita bersorak kerana nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS, jika nilai ringgit tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat.
Katanya, dengan pendapatan sebanyak RM3,000 dan tinggal di Kuala Lumpur, jumlah gaji itu sudah tidak memberi sebarang makna kepada pekerja.
Sebaliknya, dengan gaji tersebut, pekerja yang tinggal di Kuala Lumpur boleh dikategorikan sebagai penduduk miskin kerana kos hidup yang tinggi dan penyusutan kuasa membeli.
”Apa yang anda boleh beli dengan RM100 di pasar raya sekarang kerana harga ikan pun sudah berbelas ringgit untuk setiap kilo, begitu juga dengan sayur, hampir semua barang naik,” katanya. – KUALA LUMPUR 7 Nov | Utusan Online.
Read more...
Labels:
FIKIR-FIKIR EMAS
PBB Beri Amaran Krisis Dolar US
NEW YORK 26 Mei – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kemungkinan berlakunya krisis keyakinan terhadap dolar Amerika Syarikat (AS) jika nilai mata wang asing itu terus menurun berbanding mata wang utama lain.Read more...
Tinjauan Divisyen Ekonomi PBB terhadap ekonomi dunia mendapati kejatuhan nilai mata wang dolar adalah berbahaya terhadap sistem kewangan global.
Laporan PBB yang merupakan perkembangan terkini turut menyatakan kadar pertukaran dolar berbanding kumpulan mata wang utama lain telah mencecah paras terendah sejak 1970-an.
Katanya, aliran tersebut disebabkan oleh perbezaan kadar faedah antara Amerika Syarikat (AS) dan ekonomi utama serta peningkatan kebimbangan terhadap kemampanan hutang awam AS, yang sebahagiannya dipegang oleh orang asing.
”Sebagai keputusannya, jangkaan kerugian nilai buku oleh pegangan rizab asing akan menyebabkan krisis keyakinan dalam rizab mata wang, yang akan menyebabkan keseluruhan sistem kewangan global berisiko,” kata laporan itu.
Laporan 17 muka surat itu, menunjukkan risiko kejatuhan nilai dolar AS.
Pakar Ekonomi Kanan PBB, Rob Vos yang terlibat dalam laporan itu berkata, pasaran-pasaran baru muncul secara besar-besaran mulai menjual mata wang dolar AS, sekali gus akan menyebabkan kejatuhan mata wang itu.
”Kami tidak menyatakan kejatuhan pasti berlaku, tetapi faktor yang menyebabkannya risiko seumpama itu sedang berlaku sekiranya perkara-perkara lain yang berkaitan tidak bertambah baik,” katanya.
Pakar-pakar ekonomi PBB, sedang menimbang sama ada dolar perlu terus menjadi mata wang tunggal dunia manakala pihak lain menunjukkan kebimbangan mereka terhadap kedudukan kewangan AS.
Standard & Poor’s telah memberikan amaran untuk menurunkan penarafan kredit AS pada AAA, kecuali kerajaan pentadbiran Obama dan kongres menemui jalan untuk mengurangkan bajet defisit persekutuan dalam tempoh dua tahun.
Penurunan taraf itu akan menghilangkan status AS sebagai kuasa ekonomi dunia dan peranan dolar sebagai mata wang dominan global.
Setiausaha Perbendaharaan, Timothy Geithner berkata, kerajaan AS tidak akan melepaskan tanggungjawab mereka. – Utusan Malaysia Online / Reuters
Labels:
BERITA EMAS
Subscribe to:
Comments (Atom)









![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/live/s_gold.gif)
