Sutera Emas Copyright 2011. Powered by Blogger.

Pelaburan Emas Melalui Barang Kemas

Tuesday, October 4, 2011

“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%).
Jadi, anda perlu memilih barang kemas terbaik kerana anda boleh mendapat keuntungan yang maksima daripada barang kemas tersebut.

Kelebihan barang kemas.

Berikut adalah senarai kelebihan membeli & memiliki barang kemas.
  1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya.
  2. Kelebihan dari segi zakat emas (keberkatan)
  3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal
  4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan sentimental value yang kuat kepada penerimanya.
  5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).
Kelemahan barang kemas.

Berikut adalah kelemahan-kelemahan barang kemas.
  1. Harganya mahal jika anda beli di kedai emas yang ikut harga FGJAM (ada kedai emas yang boleh jual emas di bawah harga FGJAM).
  2. Ada kos workmanship (upah tukang). Upah ini pula bergantung kepada design barang kemas tersebut. Semakin sukar bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin mahal.
  3. Susut nilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding jongkong (antara 25% sehingga 40%)
  4. Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek). Dah ler tak boleh nak pakai, simpan kena zakat. Kalau tolak kat kedai kena tolak susutnilai 25%.
  5. Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau ada batu permata (sebab tak boleh timbang dengan densimeter)
  6. Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada banyak batu permata sebab nilai belian cuma dikira berdasarkan berat emas.
Jadi, sebagai pelabur yang bijak, anda perlu memilih barang kemas yang boleh memberikan keuntungan dan manfaat yang maksimum kepada anda.

Bagaimana memaksimakan keuntungan dengan barang kemas? 
  1. Selidik samada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM (www.fgjam.org.my) Kadang-kadang,  kedai emas memaparkan harga FGJAM namun bila kita tanya betul-betul, rupa-rupanya mereka boleh bagi harga lebih murah.
  2. Selidik kos workmanship untuk design kesukaan anda di beberapa buah kedai emas. Kemudian tawar-menawar untuk harga upah.Sebenarnya, harga upah antara satu kedai dan kedai lain adalah berbeza walaupun design adalah sama (sehingga 100% perbezaan). 
  3. Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas.  Elakkan membeli barang kemas dibawah gred 916 (contohnya 20 karat atau 18 karat).
  4. Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus. Belilah barang kemas yang tahan lasak (lebih tebal dan kasar). Jika kita membeli barang kemas yang nipis, halus atau berlubang maka risiko kerosakan adalah tinggi contohnya putus, kemek, bengkok dan patah. Kelebihan design emas yang padu adalah ia boleh memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Kalau barang kemas nipis, kerap terjadi  mesin densimeter membuat bacaan gred yang lebih rendah seperti 20k atau 18k walaupun sebenarnya emas tersebut 22k. 
  5. Pilih design yang tiada batu permata (emas 100%). Elakkan sama sekali membeli barang kemas dibawah gred 916 dan ada batu permata. Biasanya  kedai emas tidak mengira berat batu permata.Mereka hanya mengira nilai  emas sahaja. Ini bermakna kilauan permata yang kita beli itusebenarnya tiada harga. 
  6. Pilih kedai yang ambil balik barang mereka dengan nilai yang tinggi. Kadang-kadang ada juga kedai emas yang tidak mengikut standard susutnilai biasa iaitu 25%,kalau anda bertuah, mungkin anda terjumpa kedai emas yang meletakkan nilai susut emas terpakai sebanyak cuma 15% tapi anda perlu rajin mencari kedai-kedai emas tersebut. (resit asal perlu disertakan semasa menjual balik).  
Renung-renungkannn.......

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP