Perkara pertama yang perlu diketahui adalah Emas adalah barangan komoditi, harganya sentiasa naik dan turun. Tetapi, dalam jangkamasa panjang, harganya confirm akan meningkat naik.
Dalam pelaburan emas, konsep yang perlu digunakan adalah "Beli Emas Sekarang, Kemudian Tunggu" (buy first, then wait). Namun begitu, kebanyakan individu yang saya jumpa, menggunakan konsep, "Tunggu Dulu, Baru Beli". Dalam tempoh menunggu, sudah pasti harga emas semakin menaik sedikit demi sedikit, dan akhirnya menjadi semakin mahal. Bila dah mahal tu, baru nak beli... Sepatutnya jika dibeli dari awal dan tunggu, pembeli sudah dapat menikmati keuntungan dari kenaikan harga emas tersebut.
KENAPA TAK BOLEH TUNGGU??? ....sebabnya adalah:- Harga di permulaan tahun adalah rendah jika dibandingkan di penghujung tahun. Jadi masa membeli terbaik adalah semestinya di permulaan tahun!
- Faktor-faktor kenaikan harga bermula dari bulan Ogos adalah kerana musim perayaan. Iaitu Hari Raya puasa, Deepavali, Christmas dan bersambungan ke Februari iaitu Tahun Baru Cina.
- Harga emas akan melambung tinggi jika sebelumnya adalah harga terendah pada masa tersebut. Ini terjadi kerana pelabur akan ’lump sum’kan duit mereka membeli emas pada harga rendah.
- Harga terendah untuk tahun yang baru tidak akan mencecah harga terendah pada tahun sebelumnya!
- Kesimpulannya: Beli emas sekarang juga kerana harga emas pada ketika ini adalah terendah sepanjang 2011 ini. Selepas Chinese New Year harganya akan melonjak tinggi...
Mulakan sekarang!! Beli emas sekarang, kemudian baru tunggu harga emas naik. Kebanyakan yang baru nak bermula menyimpan emas akan berasa teragak2 untuk membeli emas mereka buat kali pertama. Keadaan ini biasanya berlaku apabila harga emas sedang tinggi. Mereka takut selepas membuat pembelian, tiba-tiba harga emas jatuh dan mereka akan rugi. Pemikiran & Mentaliti macam ni perlu dielakkan sama sekali. Ramai yang teragak-agak untuk memulakan pelaburan emas walaupun tahu ianya sangat menguntungkan dan emas memang naik harga di dalam jangkamasa panjang. Mereka merasakan harga emas “mahal”. Ya memang betul emas memang mahal. Ia akan menjadi lebih mahal pada masa akan datang. Saya tak pernah jumpa orang yang cakap harga emas adalah murah. Perasaan mahal itu hanyalah bisikan otak kiri anda sahaja. Usah pedulikan ia. Yang penting anda perlu bertindak. Emas adalah pelaburan jangkamasa panjang (setahun keatas). Walau apa juga harga emas pada masa akan datang, anda perlu membeli emas sekarang, kemudian baru menunggu. Sekarang ialah zaman kenaikan harga emas. Dimana sahaja harga permulaan anda, anda akan tetap untung. Jadi ambil tindakan sekarang!!
Jangan tunggu lagi. Jika “sikap tunggu dan lihat harga emas” di amalkan dalam waktu terdekat tidak mengapa.Tapi jika sikap tunggu dan lihat harga emas dalam tempoh yang panjang , saya rasa kerugian.Seperti kata pepatah “masa itu emas”. Kalau dah berlalu, takkan dapat dikembalikan lagi....
0 comments:
Post a Comment