Sutera Emas Copyright 2011. Powered by Blogger.

5 Fakta Dinar Emas yang perlu diketahui...

Monday, January 17, 2011

1. Dinar emas mampu dimiliki oleh semua golongan kerana harganya yang rendah iaitu sekitar RM600-650 bagi setiap 1 dinar yang dibeli. Jadi, jika anda ingin bermula dalam pelaburan emas, mendapatkan dinar sebagai permulaan adalah langkah yang tepat!
2. Harga dinar tidak naik atau turun secara mendadak dalam tempoh 24 jam walaupun harga emas dunia naik melambung. Ada sesetengah pendapat ini pasti akan  melambatkan proses mengaut keuntungan. Namun ramai yang terlepas pandang dinar emas sebenarnya adalah penyelamat bagi kita kerana kadar penurunan harga
yang mendadak atau terlampau rendah tidak berlaku bagi tempoh 24 jam. Ramai orang yang melabur rugi kerana terlalu pentingkan 'Teknik Serangan' tetapi terlupa tentang 'Teknik Bertahan'. Dengan memiliki dinar emas dijamin pelaburan anda akan terselamat!

3. Apabila mula membeli dinar emas, jangan sesekali anda menjualnya kembali. Ianya berbeza jika anda seorang pelabur atau sebagai penjual emas. Percayalah, jika anda menjual dinar emas anda hari ini, pada satu hari jika anda mahu membelinya kembali tidak mungkin anda mendapat harga lebih rendah sepertimana anda beli
dahulu.

Jadi, apa perlu anda buat jika anda perlukan wang tetapi hanya ada dinar emas di dalam tangan?.

4. Dinar emas boleh digunakan di waktu kecemasan tanpa anda perlu menjualnya. Apa yang perlu dilakukan adalah bawa dinar anda ke Agrobank (dahulunya Bank Pertanian). Dapatkan perkhidmatan Ar-Rahnu. (Upah simpan termurah)
Di sana anda boleh pajakkan dinar tersebut.

Lihat situasi di bawah:

1) Anda membeli 1dinar 2 minggu lepas pada harga RM630.

2) Tiba-tiba anda memerlukan RM400 untuk kegunaan peribadi. Anda jangan jual, tetapi anda pajak dinar tersebut.

3) Di Ar-Rahnu (Agro Bank), anda akan mendapat 70% pinjaman dengan dinar tersebut. Dari nilai dinar yang dikira, anda akan menerima RM441! Ya, anda boleh dapat 70% dari nilai dinar emas anda. Memang berbaloi sangat dengan dinar emas.

4) Dan selepas dikira upah simpan yang dikenakan hanyalah RM23 sahaja selama 6 bulan. Memang murah sangat kan?

5) Selepas itu, gunakanlah wang pajakan tu. Jadi dapatlah anda selesaikan masalah peribadi anda dengan wang tersebut.

6) Alamak! Bagaimana dengan pembayaran? Sebenarnya anda perlu membayar hanya selepas sebulan anda membuat pajakan iaitu sebanyak lebih kurang RM77.50  setiap bulan selama 6 bulan sahaja.

Kiraannya adalah RM77.50 X 6 bulan = RM464...

RM441 (Pinjaman Anda) + RM23 (Upah Simpan) = RM464

~ Tiada Interest, Tiada Bunga, Tiada Caj Tersembunyi ~ Hanya itu yang perlu anda bayar! Teruja bukan?

7) Selepas itu anda akan kembali menerima Dinar Emas kesayangan anda. Dan bayangkan selepas anda memegangnya kembali, dijamin harganya ketika itu adalah lebih tinggi semasa anda pajakkan 6 bulan lepas! .Wow!!!...Untung bukan?

Jadi masalah peribadi anda selesai, dinar anda juga masih di tangan. Tak salah lagi mengapa ianya layak digelar sebagai pelindung kekayaan!

Memang terbukti hebat kan dengan dinar emas? Saya bukan menggalakkan anda untuk pajak emas, tetapi ianya adalah salah satu teknik supaya anda tidak kehilangan dinar emas anda itu. Gunakan teknik ini jika anda benar-benar
perlukan wang bukannya untuk berjoli sakan pula ya...? :)

5. Ini juga perkara yang ramai terlepas pandang. Dinar Emas sebenar boleh digunakan sebagai mas kahwin. Mungkin anda pun tahu komposer terkenal M.Nasir berkahwin dengan Marlia Musa dengan menjadi 13 dinar emas sebagai mas kahwin. Pada ketika itu 13 dinar hanya bernilai RM2000. Dan anda boleh lihat post diatas tentang teknik pajak, RM620 untuk 1 dinar. Ianya bermakna mas kahwin itu (13 dinar tersebut) hari ini bernilai lebih RM8000.
 


Memang hebat bukan? Kenaikan nilai yang sangat menakjubkan!

Baiklah, sebagai contoh mudah, jika anda ingin berkahwin dalam tempoh setahun lagi, anda perlu mula membeli 1 dinar setiap bulan mulai hari ini. Mahu atau tidak pastinya anda perlu mengumpul wang bukan perkahwinan anda bukan? Disarankan kepada anda, tukar cara simpanan dalam bentuk dinar dengan amalkan '1 Bulan 1 Dinar'. Genap setahun anda sudah memiliki 12 dinar. Katakan modal anda membeli
dinar tersebut adalah RM7000.  Percayalah pada ketika itu nilai dinar anda akan meningkat dah boleh mencapai sehingga RM9000. Jadi ketika inilah anda boleh cairkan 10 dinar anda untuk perbelanjaan perkahwinan dan 2 dinar lagi boleh dijadikan mas kahwin jika mahu. :)

Jadi, diharap 5 fakta diatas yang telah menjadi amalan, telah Berjaya dipraktikkan diharap dapat memberikan anda satu persepsi baru bahawa anda juga perlu memiliki dinar emas ini.

Saya juga sebenarnya rasa terlambat mengetahui akan kepentingan dinar emas ini. Dahulu tiada orang yang mendedahkan akan info sebegini kepada saya. Jadi saya tiada pengetahuan dan ilmu tentangnya, mereka hanya diam dan tidak mahu dedahkan kekayaan sebenar ini kepada orang lain.

Tetapi hari ini, saya suka berkongsikannya dengan anda. Anda sudah tahu akan maklumat ini. Dan anda sepatutnya memiliki dinar emas anda yang pertama hari ini juga.

Ianya adalah DINAR EMAS! Ianya penyelamat anda!....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP