Sutera Emas Copyright 2011. Powered by Blogger.

TOP 5 EMAS vs DUIT

Friday, January 14, 2011

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
  • Emas tidak boleh dibinasakan. Walaupun bengkok, harganya tetap sama dan masih bernilai. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Begitu jugak dengan duit. Duit kertas mudah koyak, rosak dan terbakar.
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. 
  • Tahun 2002, harga 1 Dinar adalah RM140, sekarang tahun 2011 harganya RM650.....naik atau turun???...
3. Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang.
  • Ramai orang mengamuk, tak puas hati, kutuk kerajaan kerana kenaikan harga barang, minyak. Sebenarnya harga semua tu tidak naik, tetapi nilai duit yang merosot sebenarnya. Dulu harga sebiji kelapa parut adalah 10-20 sen sebiji. Sekarang???......

 4. Emas adalah aset yang terunggul.
  • Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.
  • Cuba kita bawakan duit RM negara kita dan kita membeli-belah di Australia @ Hong Kong atau mana-mana lah diluar negara.....adakah diorang terima duit Ringgit Malaysia???...... tetapi kalau kita tunjuk emas kat diorang....semua laku.
5. Emas tidak boleh dimanipulasikan
  • Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
  • Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi.
3 biji telur berharga 100 Bilion
Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Negara kita juga pernah mengalaminya semasa pendudukan jepun dulu. Duit jepun yang ada gambar pokok pisang adalah duit rasmi Malaya ketika itu. Apabila kejatuhan Jepun, adakah kita boleh menggunakannya sekarang??....

Anda boleh membaca kisah kegagalan yang kertas di sini:
http://www.mint.com/blog/finance-core/hyperinflation-the-story-of-9-failed-currencies/

So, apa tunggu lagi.....Harga Emas makin lama makin naik.... SMS @ Call me untuk tempahan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP