Sutera Emas Copyright 2011. Powered by Blogger.

Antara Duit dan Emas.....Yang mana anda pilih?

Thursday, January 13, 2011

Sejak dari kecik lagi, kita di 'buka mata" untuk menyimpan menyimpan duit dalam akaun pelaburan seperti ASB, ASN, ASM, untuk menjamin masa depan kita.

Harga Emas tahun 2010
Memanglah perkara macam tidak dinafikan sangat baik. Masa kecil pun kita selalu diingatkan oleh emak dan ayah supaya menyimpan duit dalam tabung. tak kisahlah berapa pun....10 sen sehari pun dah cukup. kalau dah terkumpul 10 hari dapat jugak RM1....banyak tuuuu.

Satu lagi, seingat saya, dulu masa darjah satu (sekarang dipanggil tahun 1), mak bagi 20 sen sehari untuk belanja disekolah. Saya pun tak ingat apa yang saya beli tapi yang pasti, duit 20 sen tu cukup untuk mengenyangkan perut saya sepanjang persekolahan hari tu.

Tetapi bila difikirkan sekarang selepas 25 tahun, berapa sangat yang kita boleh dapat dengan nilai 20sen? Cuba fikir-fikir kan kemana hilang nya nilai 20sen yang dahulunya besar? Masuk tandas pun kena bayar 30 sen. Adoiii....

So, sekarang cuba kita fikir, kemana hilangnya nilai wang?....Adakah nilai tersebut semakin naik atau kurang?

Kalau anda ada ikuti perkembangan perkembangan emas dari tahun ke tahun, anda dapat perhatikan bahawa kenaikkan harga emas setiap tahun adalah secara puratanya 25% setiap tahun tanpa megira keadaan ekonomi..samaada meleset atau tidak...Cuba kita tanya makcik-makcik atau kaum hawa, pada tahun 2005 dahulu harga emas semasa berada pada harga RM50-55 segram. Kalau dibeli sebanyak 20gram ketika itu..baru berharga dalam RM 1,000.00. Tapi...... sekarang pada tahun 2010/2011, harga emas telah melonjak hampir 150% sehingga RM150-200 segram. Jadi anda memerlukan sebanyak RM3000-3500 untuk membeli dengan nilai atau berat yang sama seperti 5 tahun lepas.


Cuba kita try test....Simpan duit dalam peti besi sebanyak RM650 dan sekeping duit 1 Dinar emas yang harganya pun RM650. Selepas 5 tahun, anda keluarkan..dan fikir fikirkan nilai emas anda dengan nilai duit anda tu...... Mana satu yang bernilai dan mana satu tidak bernilai? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.... 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP