BETAPA MUDAHNYA MENJUAL EMAS...
Friday, April 8, 2011
Ramai orang beranggapan bahawa disebabkan harganya yang tinggi, mungkin agak sukar untuk menjual emas dan tidak ramai orang yang mampu membelinya. Sebenarnya menjual emas adalah semudah ABC. Antara cara-caranya adalah:CARA 1: Face to Face.
Tetapi jika sebaliknya, bermakna kemungkinan kawan kita tu tidak mempunyai simpanan tunai dan besar kemungkinannya dia menghadapi masalah kewangan yg parah!!
Saya akan berkongsi pendapat dan pengalaman agar mereka sendiri dapat berfikir dan menentukan kerasionalan pendapat yang saya terangkan.
Saya akan menceritakan bahawa duit kertas dan syiling yang kita simpanan adalah kertas yang diletakkan nilai oleh kerajaan dan menyimpan duit tidak menjamin nilainya pada masa hadapan. Ia akan lenyap nilai semasanya dimakan kerakusan Inflasi.
Berniaga emas bukan bermakna anda perlu memujuk, rayuan menusuk kalbu, tawar menawar dan mengatakan bahawa harga yang anda tawarkan jauh lebih murah dari pasaran semasa, perlu tanamkan kesedaran di dalam diri anda sendiri bahawa perniagaan emas ini adalah perniagaan yg ekslusif, dan harganya seiring oleh mekanisme permintaan dan penawaran.
CARA 2: Jualan Online
Begini caranya, saya telah membuat blog untuk memperkenalkan emas saya di Blog Sutera Emas. Blog adalah satu cara saya menwar-warkan kesedaran kepada anda semua tentang kelebihan memiliki emas. Untuk jualan, saya tidak terlalu tekankan didalam blog ni.
Seterusnya, saya buka akaun facebook Sutera Emas. Dalam facebook ini, saya jumpa ramai peminat-peminat emas. Di sinilah, saya jumpa begitu banyak jenis-jenis emas yang didagangkan dan boleh menambah ilmu tentang emas dari rakan-rakan emas. Dan di sinilah juga saya membuat jualan emas saya ataupun membeli emas yang dilelong oleh pedagang emas seluruh Malaysia. Senang kan!....saya pernah test menjual sekeping dinar...yang mengejutkan, tak sampai 5 minit, telefon saya berdering bertanyakan dinar tersebut. Memang seronok!....
![]() |
| Contoh urusniaga yang telah dijalankan di Facebook |
Renung-renungkan....dan Selamat Beramal!!!....



![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/live/s_gold.gif)

1 comments:
skarang dah naik harga RM677 (8.4.2011 jam 11.35pm
Post a Comment