MEMAHAMI PERBEZAAN PELABURAN EMAS, SKIM PELABURAN EMAS & SKIM CEPAT KAYA.
Tuesday, April 26, 2011
1. Pelaburan emas.
2. Menyertai skim pelaburan emas
3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan.
1. Pelaburan emas.
Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan. Emas ini anda gunakan sebagai penyimpan nilai kekayaan anda. Biasanya pelaburan emas adalah untuk jangkamasa panjang. Harganya pula adalah hampir dengan harga emas pasaran dunia. Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untuk mendapat keuntungan.
Terdapat 2 jenis pelaburan emas iaitu:
1. Membeli emas fizikal
2. Menggunakan akaun simpanan emas (Public bank atau Maybank)
Emas fizikal untuk tujuan pelaburan ialah seperti Syiling Kijang Emas, syiling emas yang dijual UOB Bank, Gold Bar (PAMP Suisse/Public Gold/Poh Kong) dan Dinar Emas Kelantan.
2. Skim Pelaburan Emas.
AWAS !! Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas.
Pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulangan lumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur. Namun disini bukan tujuan saya nak menggalakkan anda menyertai skim pelaburan emas, tetapi lebih kepada memberi panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas nie.
Panduan sebelum menyertai skim pelaburan emas.
1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat malaysia. Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas. Anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/
2. Berapa harga emas yang dijual? Adakah harga semasa dunia atau lebih tinggi?
3. Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan mengurangkan keuntungan pelabur.
4. Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga. Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur. Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!
5. Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI! Ini adalah risiko yang sangat tinggi.
6. Exit cost – setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda? Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.
7. Cuba kira kerugian anda dalam ‘worst case senario’ Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen, minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali. Jadi anda boleh tahu risiko awal-awal.
8. Ada kontrak atau tidak? kalau ada kontrak, senang nak refer kalau ada apa-apa masalah di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja, JANGAN SERTAI. Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat. Kalau syarikat nak menipu, dia akan tipu juga.
9. Kalau anda takut risiko, jangan sesekali join skim pelaburan emas yang ada risiko. Nanti tak tidur lena lah jawabnya…
Faktor risiko.
Menyertai skim pelaburan emas mempunyai kebaikan dan keburukan risiko tersendiri.
Contohnya kebaikan ialah pulangan yang ditawarkan lebih tinggi berbanding kaedah pertama. Kalau syarikat bertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit. Tapi sebelum anda seronok membayangkan keuntungan saya nak beritahu bahawa skim pelaburan emas ada risikonya.
Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat tidak bayar ataupun syarikat menghadapi tindakan pihak berkuasa. Apatah lagi kalau anda buat loan untuk menyertai program-program pelaburan emas.
Anda boleh rugi besar.
3. Ciri-ciri Skim cepat kaya yang menggunakan emas.
1. Syarikat/agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN. Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.
2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan aktiviti jual beli emas.
3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda joint sebab pulangan lumayan yang dijanjikan.
4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisyen. Lebih ramai, lebih income.
5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi contoh 10% sebulan
6. Kalau nak dapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat semula untuk didagangkan. Kalau begini, better lari jauh-jauh.
Pelabur yang bijak wajib memahami 3 jenis pelaburan ini atau mereka akan tersungkur oleh sifat ketamakan masing-masing.Ingatlah, sekali terjebak anda mungkin akan mengambil masa yang sangat lama untuk pulih. Apatah lagi jika wang yang digunakan merupakan pinjaman bank atau simpanan KWSP selama lebih 35 tahun!!



![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/live/s_gold.gif)

0 comments:
Post a Comment