Sutera Emas Copyright 2011. Powered by Blogger.

Pelaburan Emas Melalui Barang Kemas

Tuesday, October 4, 2011

“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%).
Jadi, anda perlu memilih barang kemas terbaik kerana anda boleh mendapat keuntungan yang maksima daripada barang kemas tersebut.

Kelebihan barang kemas.

Berikut adalah senarai kelebihan membeli & memiliki barang kemas.
  1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya.
  2. Kelebihan dari segi zakat emas (keberkatan)
  3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal
  4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan sentimental value yang kuat kepada penerimanya.
  5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).
Kelemahan barang kemas.

Berikut adalah kelemahan-kelemahan barang kemas.
  1. Harganya mahal jika anda beli di kedai emas yang ikut harga FGJAM (ada kedai emas yang boleh jual emas di bawah harga FGJAM).
  2. Ada kos workmanship (upah tukang). Upah ini pula bergantung kepada design barang kemas tersebut. Semakin sukar bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin mahal.
  3. Susut nilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding jongkong (antara 25% sehingga 40%)
  4. Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek). Dah ler tak boleh nak pakai, simpan kena zakat. Kalau tolak kat kedai kena tolak susutnilai 25%.
  5. Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau ada batu permata (sebab tak boleh timbang dengan densimeter)
  6. Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada banyak batu permata sebab nilai belian cuma dikira berdasarkan berat emas.
Jadi, sebagai pelabur yang bijak, anda perlu memilih barang kemas yang boleh memberikan keuntungan dan manfaat yang maksimum kepada anda.

Bagaimana memaksimakan keuntungan dengan barang kemas? 
  1. Selidik samada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM (www.fgjam.org.my) Kadang-kadang,  kedai emas memaparkan harga FGJAM namun bila kita tanya betul-betul, rupa-rupanya mereka boleh bagi harga lebih murah.
  2. Selidik kos workmanship untuk design kesukaan anda di beberapa buah kedai emas. Kemudian tawar-menawar untuk harga upah.Sebenarnya, harga upah antara satu kedai dan kedai lain adalah berbeza walaupun design adalah sama (sehingga 100% perbezaan). 
  3. Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas.  Elakkan membeli barang kemas dibawah gred 916 (contohnya 20 karat atau 18 karat).
  4. Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus. Belilah barang kemas yang tahan lasak (lebih tebal dan kasar). Jika kita membeli barang kemas yang nipis, halus atau berlubang maka risiko kerosakan adalah tinggi contohnya putus, kemek, bengkok dan patah. Kelebihan design emas yang padu adalah ia boleh memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Kalau barang kemas nipis, kerap terjadi  mesin densimeter membuat bacaan gred yang lebih rendah seperti 20k atau 18k walaupun sebenarnya emas tersebut 22k. 
  5. Pilih design yang tiada batu permata (emas 100%). Elakkan sama sekali membeli barang kemas dibawah gred 916 dan ada batu permata. Biasanya  kedai emas tidak mengira berat batu permata.Mereka hanya mengira nilai  emas sahaja. Ini bermakna kilauan permata yang kita beli itusebenarnya tiada harga. 
  6. Pilih kedai yang ambil balik barang mereka dengan nilai yang tinggi. Kadang-kadang ada juga kedai emas yang tidak mengikut standard susutnilai biasa iaitu 25%,kalau anda bertuah, mungkin anda terjumpa kedai emas yang meletakkan nilai susut emas terpakai sebanyak cuma 15% tapi anda perlu rajin mencari kedai-kedai emas tersebut. (resit asal perlu disertakan semasa menjual balik).  
Renung-renungkannn.......

Read more...

Produk i-Series 22K

Friday, September 30, 2011











Inilah Produk terbaru publicgold.....cantik dan murah berbanding harga dikedai emas.

Untuk harga terkini, boleh check harga semasa di http://www.publicdinar.com.


Kalau anda berminat,boleh sms atau call 019-8611787.





Read more...

PRODUK BARU "I-SERIES"

Thursday, July 28, 2011

Salam sejahtera, Dah lama juga saya tak update blog ni, Alhamdullilah, minggu ini harga emas telah meningkat tinggi, kepada mereka yang masih belum membeli emas, beli sekarang sebelum harga semakin mahal. PublicGold telah mengeluarkan produk baru berupa barang kemas yang di namakan i-series, produk ini 3 saiz iaitu 20g,50g dan 100g dan akan datang akan dikeluarkan dalam berat 5g dan 10g.I-series diperbuat dari emas 916.
Kelebihan I-Series:
  1. Berketulenan 22 karat (Gred 916)
  2. Spread cuma 10% terendah di Malaysia. Biasanya spread di kedai sekitar 25 – 40%.
  3. Guaranteed buy back oleh Public Gold
  4. Harga mengikut harga semasa dunia (refer di website saya di sebelah kanan)
  5. Tiada harga upah.
  6. Harga lebih murah dari pasaran (refer harga pasaran di www.fgjam.org.my)
Harga terkini boleh dilihat dengan klik di sini—–>> www.publicdinar.com 

Jadi jika anda berminat untuk membeli emas “I-Series” ini anda boleh menghubungi saya segera019-8611787

Read more...

Berapa tinggi harga emas naik tahun 2011?

kenaikan emas Berapa tinggi harga emas naik tahun 2011?
Mengikut Zero Hedge, kenaikan harga emas pada tahun 2001 sehingga 2010 adalah di antara 0.7% dan 31.9% setahun. Secara purata bagi tempoh 10 tahun, kenaikan adalah sebanyak 18.4%.
Berdasarkan pengiraan, Zero Hedge menjangkakan bahawa harga emas pada tahun 2011 adalah di antara USD1,771.60 dan USD1,875.09 satu aun. Jika kita convert kepada ringgit, ianya lebih kurang di antara RM177 dan RM187 satu gram.

Sumber: http://sharinginfoz.blogspot.com/2011/01/berapa-tinggi-
harga-emas-boleh-naik.html

Read more...

Kuasa Beli Kita Merosot !

Wednesday, June 15, 2011

Kerajaan diminta melihat secara serius kemerosotan kuasa membeli di kalangan rakyat Malaysia yang semakin membimbangkan di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat (AS) , sedangkan penyusutan mata wang paling berpengaruh di dunia itu sepatutnya memberi faedah kepada nilai ringgit.
Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali berkata, ini kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidak seimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sesebuah negara.
Beliau berkata, Malaysia menggunakan indeks inflasi yang terdiri daripada barangan kawalan dalam menentukan kestabilan ekonomi negara sedangkan kuasa beli adalah petunjuk sebenar.
Menurut beliau, secara rasionalnya apabila nilai ringgit meningkat, sepatutnya keupayaan untuk berbelanja di kalangan rakyat Malaysia lebih besar.
Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tidak berlaku, sebaliknya kemerosotan kuasa beli semakin terjejas sejak kebelakangan ini.
”Persoalannya mengapa rakyat kita tidak dapat menikmati kelebihan kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS dalam kuasa beli?.
”Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau berkata, tahap kuasa beli di Malaysia terlalu berbeza berbanding di Amerika Syarikat kerana sekurang-kurangnya rakyat negara itu masih berpeluang membeli lebih banyak barang di pasar raya walaupun nilai mata wangnya menyusut.
”Sepatutnya kuasa membeli di kalangan rakyat AS lebih sukar kerana mata wang mereka tidak memberi apa-apa makna, tambahan pula negara itu adalah negara pengimport tetapi mengapa mereka terus menikmati kuasa membeli?
”Jawapannya adalah model ekonomi negara itu jauh berbeza dengan Malaysia walaupun kita dalam proses ke arah itu.
”Di negara maju, lebih banyak rakyat berbelanja bagi barang tertentu, lebih murah harganya tetapi di Malaysia lebih banyak barangan tertentu dibeli, harganya boleh meningkat. Itu bezanya dan ia perlu diberi perhatian oleh kerajaan,” katanya.
Sebab itu, katanya. rakyat Singapura masih boleh menikmati harga teh tarik S$0.80 secawan pada nilai mata wang mereka tetapi di Malaysia harga bagi minuman itu terus meningkat daripada RM1.00 kepada RM1.50 hingga RM1.80.
Singapura masih mampu mengekalkan nilai mata wangnya kerana strategi monetari negara itu yang meningkatkan dolar Singapura.
”Sebab itu, walaupun berlaku kenaikan dalam dolar Singapura, kuasa membeli di kalangan rakyatnya tidak terjejas, seperti di AS, tambahnya.
Berikutan itu, katanya, kerajaan perlu mengatasi masalah ini dengan segera kerana sekiranya dibiarkan ia boleh mengundang kepada ketidakstabilan ekonomi isi rumah tempatan.
Tegas beliau, kerajaan sepatutnya turut melakukan pemantauan barangan bukan kawalan yang sebenarnya menjadi barangan asas keperluan dapur, selain barangan kawalan.
Jelasnya, ia penting kerana barangan asas yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian telah menunjukkan peningkatan melebihi 100 peratus.
”Kalau dibandingkan dengan tepung, berapa banyaklah yang digunakan oleh isi rumah berbanding keperluan seperti sabun mandi dan sabun basuh,” ujarnya.
”Tiada ada gunanya kita bersorak kerana nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS, jika nilai ringgit tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat.
Katanya, dengan pendapatan sebanyak RM3,000 dan tinggal di Kuala Lumpur, jumlah gaji itu sudah tidak memberi sebarang makna kepada pekerja.
Sebaliknya, dengan gaji tersebut, pekerja yang tinggal di Kuala Lumpur boleh dikategorikan sebagai penduduk miskin kerana kos hidup yang tinggi dan penyusutan kuasa membeli.
”Apa yang anda boleh beli dengan RM100 di pasar raya sekarang kerana harga ikan pun sudah berbelas ringgit untuk setiap kilo, begitu juga dengan sayur, hampir semua barang naik,” katanya. – KUALA LUMPUR 7 Nov | Utusan Online.

Read more...

PBB Beri Amaran Krisis Dolar US

NEW YORK 26 Mei – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kemungkinan berlakunya krisis keyakinan terhadap dolar Amerika Syarikat (AS) jika nilai mata wang asing itu terus menurun berbanding mata wang utama lain.
Tinjauan Divisyen Ekonomi PBB terhadap ekonomi dunia mendapati kejatuhan nilai mata wang dolar adalah berbahaya terhadap sistem kewangan global.
Laporan PBB yang merupakan perkembangan terkini turut menyatakan kadar pertukaran dolar berbanding kumpulan mata wang utama lain telah mencecah paras terendah sejak 1970-an.
Katanya, aliran tersebut disebabkan oleh perbezaan kadar faedah antara Amerika Syarikat (AS) dan ekonomi utama serta peningkatan kebimbangan terhadap kemampanan hutang awam AS, yang sebahagiannya dipegang oleh orang asing.
”Sebagai keputusannya, jangkaan kerugian nilai buku oleh pegangan rizab asing akan menyebabkan krisis keyakinan dalam rizab mata wang, yang akan menyebabkan keseluruhan sistem kewangan global berisiko,” kata laporan itu.
Laporan 17 muka surat itu, menunjukkan risiko kejatuhan nilai dolar AS.
Pakar Ekonomi Kanan PBB, Rob Vos yang terlibat dalam laporan itu berkata, pasaran-pasaran baru muncul secara besar-besaran mulai menjual mata wang dolar AS, sekali gus akan menyebabkan kejatuhan mata wang itu.
”Kami tidak menyatakan kejatuhan pasti berlaku, tetapi faktor yang menyebabkannya risiko seumpama itu sedang berlaku sekiranya perkara-perkara lain yang berkaitan tidak bertambah baik,” katanya.
Pakar-pakar ekonomi PBB, sedang menimbang sama ada dolar perlu terus menjadi mata wang tunggal dunia manakala pihak lain menunjukkan kebimbangan mereka terhadap kedudukan kewangan AS.
Standard & Poor’s telah memberikan amaran untuk menurunkan penarafan kredit AS pada AAA, kecuali kerajaan pentadbiran Obama dan kongres menemui jalan untuk mengurangkan bajet defisit persekutuan dalam tempoh dua tahun.
Penurunan taraf itu akan menghilangkan status AS sebagai kuasa ekonomi dunia dan peranan dolar sebagai mata wang dominan global.
Setiausaha Perbendaharaan, Timothy Geithner berkata, kerajaan AS tidak akan melepaskan tanggungjawab mereka. – Utusan Malaysia Online / Reuters

Read more...

KENAPA TAKUT NAK MULA???......

Tuesday, May 10, 2011

Masih ramai yang keliru tentang emas ini sebenarnya...

~ Ramai yang bertanya pada saya, bagaimana nak melabur/membeli?
~ Ramai yang sangkakan pelaburan emas ini macam pelaburan lain seperti  ASB, unit trust dan lain-lain.
~ Ramai yang menyangka pelaburan emas ini dikendalikan oleh orang lain atau bahasa mudahnya, orang tengah. Mereka perlu laburkan sejumlah wang untuk diuruskan oleh orang tengah tersebut, maknanya orang tengah tersebut yang akan menguruskan keuntungan pelaburan yang telah dibuat.
~ Ramai yang menyangka emas yang dibeli mesti dibuat jual-beli macam jual-beli saham.
~ Ramai yang selalu berkata tentang membeli emas itu adalah satu PELABURAN. 
~ Ramai yang tak faham kenapa mesti beli emas.
    Sangkaan mengenai pelaburan emas ini adalah SALAH.

    Membeli Emas bukanlah PELABURAN tetapi SIMPANAN....

    Membeli/memiliki emas ini samalah seperti kita membuat simpanan wang dalam akaun simpanan, cuma bezanya wang tersebut kita gunakan untuk membeli emas dan simpan untuk satu jangka masa tertentu. Wang di simpan di dalam akaun, tetapi emas ini kita yang menyimpan. Ramai yang sangkakan apabila kita melabur dalam emas ini, emas itu disimpan oleh orang yang menjual emas tersebut. Tidak sama sekali. Sebenarnya, apabila anda melaburkan wang anda dalam pelaburan ini untuk membeli emas, emas itu adalah menjadi hak milik kekal. Jadi andalah yang menyimpannya dan menghilangkannya jika tidak disimpan dengan elok. Anda jugalah yang menentukan sendiri bila anda akan menjualnya apabila harga emas tinggi untuk mendapat keuntungannya. Bagi saya, pelaburan emas inilah yang paling mudah, kerana anda sendiri yang menentukan keuntungan yang anda inginkan. Jadi, tidak perlu takut ditipu oleh orang ketiga atau bimbang akan kerugian. Anda akan rugi hanya apabila anda menjual emas yang anda beli pada harga yang lebih rendah daripada harga yang anda beli. Jadi, jika harga emas jatuh, janganlah anda jual emas tersebut. Juallah apabila harga emas telah melambung tinggi. Barulah anda dapat lihat akan keuntungannya.

    Ramai juga yang bimbang apabila melihat harga emas jatuh dalam trend naik turun harga emas. Jika anda telah lihat bagaimana bentuk trend harga emas dunia dalam sejarah, kebimbangan anda akan terjawab kerana harga emas terus meningkat dalam jangka masa panjang. Atas sebab itulah emas adalah satu pelaburan yang sangat menguntungkan dalam jangka masa panjang. Saya ulang, pelaburan yang sangat menguntungkan dalam jangka masa panjang. Janganlah hendakkan keuntungan dalam masa pendek, kerana harga emas ini memang naik dan turun dalam jangka masa pendek. Untuk anda yang fikirkan keuntungan dalam jangka masa panjang, mungkin fikirkan masa depan anak-anak sekolah, zaman persaraan, ingin tunaikan haji, eloklah anda mula menyimpan emas. Mungkin anda fikir emas sekarang mahal, tapi semakin lama anda bertangguh, semakin mahal nak dapatkan emas. Jadi, jangan takut memulakan langkah.... Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Untuk apa kita menyimpan wang ringgit dalam bank untuk jangka masa panjang? Kerana wang ringgit adalah wang fiat yang makin susut nilainya. Lihat saja nilai wang sekarang dengan nilai wang dahulu. Tidak perlu pergi jauh untuk difikirkan....Contoh paling dekat macam ni...

    1. Duit kertas bernilai RM1 dimiliki oleh Ali.
    2. Skeping emas bernilai RM1 dimiliki oleh Mamat.

    Pada tahun 2010 harga sebiji kelapa parut adalah RM1.
    Pada tahun ini (2011) harga sebiji kelapa parut adalah RM1.30

    Pada tahun 2011, Ali terpaksa mencari lagi duit tambahan sebanyak 30sen untuk membeli kelapa parut. Tetapi Mamat tidak perlu menambah emasnya sebab pada tahun 2011, emasnya yang bernilai RM1 telah meningkat menjadi RM1.30 atau lebih......Ini samalah dengan fenomena yang melanda dunia. Ramai yang merungut/marah sebab kenaikan harga barang.

    SEBENARNYA HARGA BARANG TIDAK NAIK tetapi NILAI DUIT YANG TURUN/SUSUT. Harga barang sekarang dengan harga barang 10 tahun yang dulu sudah tentu tidak sama. Inilah yang dikatakan inflasi. Tapi jika anda menyimpan emas sejak 10 tahun yang lalu? Anda boleh lihat trend harga emas dalam masa 10 tahun yang lalu.....
    Renung-renungkan....

    Read more...

    Kajian Kes 1: Beli Sesuatu Yang Mahal, Tapi Bayar Dengan Harga Murah!!

    Thursday, May 5, 2011

    Umum mengetahui bahawa wang kertas yang ada pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi ianya jadi bernilai apabila disandarkan kepada rizab simpanan emas.

    Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebihi nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu yang dipanggil "Fiat Money". Ianya hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan nilai muka diatasnya, tanpa ada emas yang menjadi sandarannya.


    Justeru, bagi menambah nilai kepada wang fiat yang kita miliki, maka sandarkanlah ia dengan emas.


    Caranya?

    Beli emas, cagarkan di Ar-Rahnu, kemudian tunai yang anda dapat hasil cagaran itu tadi baru boleh anda belanjakan. Itulah teknik kita untuk menambah nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi.


    Maka saya sangat tidak setuju jika ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa memajakkan emas adalah merugikan!! Sedangkan ianya adalah sandaran kepada wang tunai anda.


    Contoh :


    Seorang rakan saya mempunyai tunai sebanyak RM100k dan beliau ingin membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah kereta baru yang berharga RM 70k.


    Saya memberi pandangan kepada beliau, jika beliau membuat pinjaman tidak sihat untuk membeli sesuatu yang susut nilai bahkan akan menjadi liabiliti disebabkan kos2 sampingan termasuk maitanance, ianya adalah satu tindakan yang kurang bijak, sedangkan beliau mempunyai tunai yang banyak.


    Justeru, saya menyarankan beliau agar menyandarkan belian sesuatu yang susut nilai kepada sesuatu yang meningkat nilainya, agar beliau tidak mengalami kerugian!!


    Saya mencadangkan agar RM 100,000 tersebut dibelikan emas, pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai dan bayar kereta tersebut secara tunai.


    Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 3 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 75%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 175,000.00.


    Pada ketika itu, beliau boleh menjual emasnya dan menebusnya dari Ar-Rahnu.


    Perkiraan mudahnya ialah :
    RM 175,000.00 (Hasil Jualan Emas) - RM 70,000.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM 105,000.00

    RM 105,000.00 - RM 21,600.00 (Upah simpan 3 tahun) = RM 83,400.00 (Untung dlm tgn)

    Nah, dalam hanya 3 tahun, beliau telah mendapat semula RM 83,400.00.

    RM 100,000.00 (Modal asal ) - RM 83,400.00 (Untung dlm tgn) = RM 16,600.00

    Ini bermakna beliau telah membeli sebuah kereta yang berharga RM 70,000.00 dengan hanya membayar RM 16,600.00!!
    Dan upah simpan yang beliau bayar hanyalah kira2 RM 600.00 sebulan, sedangkan jika beliau membuat pinjaman bank sebanyak RM 70,000.00 untuk membeli kereta, sudah pasti bayarannya mencecah hampir RM 1,000.00 selama 9 tahun!!

    Anda nampak betapa mudahnya jika kita tahu bagaimana untuk memanipulasikan kewangan melalui pelaburan emas kan? justeru jangan bazirkan setiap sen wang anda.


    Sentiasa sandarkan dengan emas, emas dan emas!!!


    Jadi jangan takut untuk membeli emas, tak perlu tunggu harga turun, jika anda beli ketika harga tinggi, lebih tinggi tunai yang anda akan perolehi hasil pajakan Ar-Rahnu!!


    Konsep pelaburan emas ini sangat subjektif dan mudah untuk dimanipulasikan, yang penting anda tahu cara pengurusannya.


    Jadi, bertindak sekarang untuk mengelakkan kerugian demi kerugian.

    Membeli Emas = Menginsurankan & Meningkatkan Nilai Wang


    Di Agro Bank, anda boleh sambung pajakan 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan, kemudian jika anda masih mahu meneruskan pajakan, Ar-Rahnu akan buat valuation semula dengan Nilai Marhun yang baru sehinggalah 18 bulan seterusnya, dan buat lagi valuation dan seterusnya.


    Bermakna, jika kenaikan pada waktu itu 30%, anda akan mendapat lebihan tunai lagi!!


    Jika selepas 18 bulan Ar-Rahnu tidak lagi menerima pajakan, sudah tentu Ar-Rahnu sendiri akan kerugian!

    Renung-renungkan dan Selamat Beramal..... 

    Read more...

    MEMAHAMI PERBEZAAN PELABURAN EMAS, SKIM PELABURAN EMAS & SKIM CEPAT KAYA.

    Tuesday, April 26, 2011

    Ramai yang terkeliru di antara tiga perkara tersebut di atas.

    Sebelum membuat keputusan, Kita perlu mengetahui tiga perkara sebelum memulakan pelaburan emas ini.

    1. Pelaburan emas.

    2. Menyertai skim pelaburan emas

    3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan.

    1. Pelaburan emas.

    Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan. Emas ini anda gunakan sebagai penyimpan nilai kekayaan anda. Biasanya pelaburan emas adalah untuk jangkamasa panjang. Harganya pula adalah hampir dengan harga emas pasaran dunia. Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untuk mendapat keuntungan.

    Terdapat 2 jenis pelaburan emas iaitu:
    1. Membeli emas fizikal
    2. Menggunakan akaun simpanan emas (Public bank atau Maybank)

    Emas fizikal untuk tujuan pelaburan ialah seperti Syiling Kijang Emas, syiling emas yang dijual UOB Bank, Gold Bar (PAMP Suisse/Public Gold/Poh Kong) dan Dinar Emas Kelantan.

    2. Skim Pelaburan Emas.

    AWAS !! Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas.

    Pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulangan lumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur. Namun disini bukan tujuan saya nak menggalakkan anda menyertai skim pelaburan emas, tetapi lebih kepada memberi panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas nie.

    Panduan sebelum menyertai skim pelaburan emas.
    1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat malaysia. Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas. Anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/

    2. Berapa harga emas yang dijual? Adakah harga semasa dunia atau lebih tinggi?

    3. Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan mengurangkan keuntungan pelabur.

    4. Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga. Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur. Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!

    5. Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI! Ini adalah risiko yang sangat tinggi.

    6. Exit cost – setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda? Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.

    7. Cuba kira kerugian anda dalam ‘worst case senario’ Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen, minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali. Jadi anda boleh tahu risiko awal-awal.

    8. Ada kontrak atau tidak? kalau ada kontrak, senang nak refer kalau ada apa-apa masalah di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja, JANGAN SERTAI. Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat. Kalau syarikat nak menipu, dia akan tipu juga.

    9. Kalau anda takut risiko, jangan sesekali join skim pelaburan emas yang ada risiko. Nanti tak tidur lena lah jawabnya…

    Faktor risiko.
    Menyertai skim pelaburan emas mempunyai kebaikan dan keburukan risiko tersendiri.

    Contohnya kebaikan ialah pulangan yang ditawarkan lebih tinggi berbanding kaedah pertama. Kalau syarikat bertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit. Tapi sebelum anda seronok membayangkan keuntungan saya nak beritahu bahawa skim pelaburan emas ada risikonya.

    Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat tidak bayar ataupun syarikat menghadapi tindakan pihak berkuasa. Apatah lagi kalau anda buat loan untuk menyertai program-program pelaburan emas.
    Anda boleh rugi besar.

    3. Ciri-ciri Skim cepat kaya yang menggunakan emas.

    1. Syarikat/agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN. Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.

    2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan aktiviti jual beli emas.

    3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda joint sebab pulangan lumayan yang dijanjikan.

    4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisyen. Lebih ramai, lebih income.

    5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi contoh 10% sebulan

    6. Kalau nak dapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat semula untuk didagangkan. Kalau begini, better lari jauh-jauh.

    Pelabur yang bijak wajib memahami 3 jenis pelaburan ini atau mereka akan tersungkur oleh sifat ketamakan masing-masing.Ingatlah, sekali terjebak anda mungkin akan mengambil masa yang sangat lama untuk pulih. Apatah lagi jika wang yang digunakan merupakan pinjaman bank atau simpanan KWSP selama lebih 35 tahun!!

    Jadi, Renung-renungkan dan Selamat Beramal.....

    Read more...

    APA KATA SHEIKH IMRAN HUSEIN...

    Sunday, April 24, 2011

     

    Read more...

    LONJAKAN HARGA EMAS

    Saturday, April 16, 2011

    LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
    HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini.
    Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

    "Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

    Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

    "Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

    "Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk. KOSMO!

    Read more...

    BETAPA MUDAHNYA MENJUAL EMAS...

    Friday, April 8, 2011

    Ramai orang beranggapan bahawa disebabkan harganya yang tinggi, mungkin agak sukar untuk menjual emas dan tidak ramai orang yang mampu membelinya. Sebenarnya menjual emas adalah semudah ABC. Antara cara-caranya adalah:
     

    CARA 1: Face to Face.
    Sekiranya seseorang itu sememangnya mempunyai simpanan tunai, dia takkan berfikir lama untuk membuat keputusan membeli ketulan berharga ini.
    Tetapi jika sebaliknya, bermakna kemungkinan kawan kita tu tidak mempunyai simpanan tunai dan besar kemungkinannya dia menghadapi masalah kewangan yg parah!!

    Saya akan berkongsi pendapat dan pengalaman agar mereka sendiri dapat berfikir dan menentukan kerasionalan pendapat yang saya terangkan.
    Saya akan menceritakan bahawa duit kertas dan syiling yang kita simpanan adalah kertas yang diletakkan nilai oleh kerajaan dan menyimpan duit tidak menjamin nilainya pada masa hadapan. Ia akan lenyap nilai semasanya dimakan kerakusan Inflasi.
    Kebanyakan daripada mereka bersetuju dengan pendapat saya dan selepas saya menunjukkan beberapa ketul emas milik saya, mereka nampaknya berminat untuk membelinya sebagai perlindungan kepada harta dan simpanan di hari tua.
     

    Berniaga emas bukan bermakna anda perlu memujuk, rayuan menusuk kalbu, tawar menawar dan mengatakan bahawa harga yang anda tawarkan jauh lebih murah dari pasaran semasa, perlu tanamkan kesedaran di dalam diri anda sendiri bahawa perniagaan emas ini adalah perniagaan yg ekslusif, dan harganya seiring oleh mekanisme permintaan dan penawaran.
     

    CARA 2: Jualan Online
    Lebih dari 90% dari kita mempunyai akaun Facebook. Separuh dari kita ada blog sendiri dan yang berduit sikit mungkin ada laman webdotcom sendiri dan saya jamin, 100% dari anda yang membaca cerita saya ni adalah pelanggan internet. Siapa yang tak membaca artikel ni memang dia takde internet. Kan!.

    Begini caranya, saya telah membuat blog untuk memperkenalkan emas saya di Blog Sutera Emas. Blog adalah satu cara saya menwar-warkan kesedaran kepada anda semua tentang kelebihan memiliki emas. Untuk jualan, saya tidak terlalu tekankan didalam blog ni.

    Seterusnya, saya buka akaun facebook Sutera Emas. Dalam facebook ini, saya jumpa ramai peminat-peminat emas. Di sinilah, saya jumpa begitu banyak jenis-jenis emas yang didagangkan dan boleh menambah ilmu tentang emas dari rakan-rakan emas. Dan di sinilah juga saya membuat jualan emas saya ataupun membeli emas yang dilelong oleh pedagang emas seluruh Malaysia. Senang kan!....saya pernah test menjual sekeping dinar...yang mengejutkan, tak sampai 5 minit, telefon saya berdering bertanyakan dinar tersebut. Memang seronok!....
    Contoh urusniaga yang telah dijalankan di Facebook
    Oleh itu, untuk menjual emas adalah sangat mudah. Tidak keterlaluan saya katakan, menjual sebatang pen lebih susah dari menjual sekeping emas. Namun, yang paling utama, anda sendiri perlu menyedari hakikat jika sekiranya anda tidak berjaya menjual walau sekeping emas pun, anda tidak akan mengalami KERUGIAN!!...kerana apa?...kerana harga emas tidak akan susut nilai dan akan sentiasa naik dari semasa ke semasa. Buktinya: Harga 1 Dinar pada tahun 2005 adalah RM243 sekeping. Sekarang tahun 2011, harga 1 Dinar adalah RM672 sekeping (8/4/2011).

    Renung-renungkan....dan Selamat Beramal!!!....

    Read more...

    FIRST MALAYSIAN RESTAURANT TO ACCEPT SILVER DIRHAM

    Monday, April 4, 2011


    Mubarak Ali O.A. Rajak is the first Malaysian Indian artist to have appeared on Malaysian television, it
    was in the 70-s when he was in the final of RTM Bintang, singing contest of the national Radio&TV broadcaster RTM . Singer and musician he formed several successful pop-music bands, one of them, The Baked Sun, was very popular in the 80-s. Mubarak and his band backed up none other than legendary P.Ramlee in some of his concerts. Later on Mubarak turned into an equally popular DJ running various shows and events around the country. Today at 57 Mubarak is not in the show-business anymore but still has his own show: 

    Restaurant Aleef run by his wife, Rahmah, where Mubarak appears almost every day at peak hours, which is lunch, to greet the customers many of whom still remember him as a premium artist.

    Aleef is an outdoor restaurant located at the second floor in the old and well-known Pasar Besar Taman Tun, a covered market in a western district of Kuala Lumpur, Taman Tun Dr Ismail. This market is perhaps the only market in Kuala Lumpur which middle and high income citizens still like to visit to buy their daily groceries, meat and fish. Although not flourishing as 15-20 years ago the market nevertheless survived the advent of multinational supermarkets that usurped the retail trade all over the country. And those who frequent the market all know that Aleef is N1 value-for-money eating place in it; rich variety of Malay-Indonesian food, fresh-cooked, offered at reasonable price, guarantees customer satisfaction, proof for which is long queue in Aleef at lunch time every day.

    But for us Restaurant Aleef will be part of a great story, the story telling how Shariah Money returned to Malay land. Mr Mubarak and his wife instantly understood the matter and have agreed to accept silver dirhams for payment of their food in the restaurant. "No need to talk long to me about Dinar, the matter for me is very simple - look, what happens (he opened his lighter and lit up 1 ringgit note) but you can't destroy Dinar so easily", - said Muabarak when he was being introduced to Shariah Money.

    A typical lunch in Aleef costs about RM5-6, so a customer can give 1 dirham and get back change in ringgit in accordance with the prevailing rate on the day. Or if the bill exceeds the price of dirham then customer would give 1 dirham plus the difference between the bill's amount and the prevailing dirham rate. The restaurant then can use the received dirhams for buying produce in a similar manner or return them to wakala.
    Dipetik dari http://www.dinar-emas.com/thread-121.html.


    They are now start to used Dinar. How about you???.... 

    Read more...

    Perak menyusul keluarkan Dinar sendiri...



    Projek hasil kerjasama strategik GoldNet International Sdn. Bhd. dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) itu akan disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
    Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan GoldNet, pembuatan dinar dan dirham berkualiti tinggi itu melibatkan sebuah syarikat tempatan berpangkalan di Kuala Kangsar iaitu Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.
    "Dinar dan dirham Perak direka secara unik. Jata negeri Perak ditempa di bahagian muka hadapan wang syiling tersebut sementara reka bentuk klasik dinar Islam yang pertama kali digunakan semasa zaman Khalifah Abdul Malik Marwan pula dicetak di bahagian belakang.
    "Dinar Perak merupakan wang syiling seberat 4.25 gram 24K emas sementara dirham pula adalah seberat 3 gram 99.9 syiling perak," kata kenyataan tersebut.
    Dalam pada itu, menurut kenyataan itu juga, GoldNet telah melantik pengedar tempatan iaitu Nubex Sdn. Bhd. yang akan membeli dan menjual dinar serta dirham Perak ke seluruh Malaysia termasuk luar negara.
    Menurutnya lagi, Nubex juga sedang dalam perbincangan dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk mengedarkan syiling tersebut kepada pelbagai rangkaian cawangan yayasan tersebut. Utusan Online

    Read more...

    Bayar Tebusan dengan Emas

    Monday, March 28, 2011

    KLANG9 Mac – Polis berjaya memberkas kumpulan penculik yang diketuai seorang bekas pramugara kira-kira 15 minit selepas mereka menerima wang tebusan berupa 10 ketul emas bernilai RM1.44 juta dalam dua serbuan berasingan di bandar ini awal pagi ini.

    Serbuan pertama yang melibatkan penahanan dua penculik dilakukan di Jalan Pos Baru di sini kira-kira pukul 1 pagi dan enam jam selepas itu tiga rakan jenayah mereka diberkas di Taman Sentosa.

    Terdahulu, polis menyelamatkan seorang pengarah sebuah syarikat sekuriti berusia 62 tahun yang diculik kumpulan itu sejak Isnin lalu di lokasi dirahsiakan pada pukul 12.45 tengah malam iaitu kira-kira 48 jam selepas dia diculik.

    Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pengarah syarikat terlibat yang menghidap penyakit kencing manis diculik di belakang sebuah restoran di Persiaran Raja Muda, Pelabuhan Klang di sini pada Isnin lalu.
    Beliau berkata, selepas menculik mangsa, kumpulan penjenayah itu meminta 10 kilogram emas sebagai bayaran tebusan.

    Menurut beliau, pihaknya yang menerima laporan berhubung kejadian telah menubuhkan pasukan khas dan berjaya memberkas mereka selepas bayaran tebusan diberi.
    “Ketika diberkas kumpulan penculik itu menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max yang ditampal pelekat Unit K-9 dan sebuah motosikal jenis Kawasaki.

    “Kesemua penculik, terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan yang pernah bertugas sebagai pramugara selama 13 tahun dan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Nepal.

    “Kita juga menemui semula 10 ketul emas di dalam kenderaan pacuan empat roda berkenaan,” kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini petang ini.

    Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah yang mengetuai serbuan dan Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof.

    Tun Hisan turut menunjukkan 10 ketul emas yang dirampas selain kenderaan pacuan empat roda dan motosikal Kawasaki milik penculik, lima unit telefon bimbit, wang tunai RM45, topeng ski dan ‘teaser gun’.

    Tambah beliau lagi, semasa soal siasat dibuat, ada di antara penculik mengaku sebagai pelatih anjing tetapi siasatan yang dibuat mendapati mereka menipu.

    “Kita juga mendapati kenderaan pacuan empat roda yang digunakan didaftarkan atas nama isteri salah seorang penculik,” katanya sambil memberitahu kesemua penculik berusia 30-an ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta culik 1961.
    Katanya, kesemua mereka juga direman selama seminggu bermula hari ini. Utusan Malaysia

    Read more...

    Beli Barang guna Dinar & Dirham...

    JAKARTA - Sekumpulan penduduk Islam di Indonesia menggunakan duit emas dan perak semasa melakukan urus niaga harian di Jakarta.

    Penduduk Islam itu merupakan pengikut Sheikh Abdalqadir as-Sufi iaitu seorang lelaki kelahiran Scotland yang telah memeluk Islam.

    Pengikut-pengikut Sheikh Abdalqadir itu membeli-belah dengan menggunakan duit itu untuk membeli makanan, ubat-ubatan, pakaian dan kad telefon.
    Nilai untuk satu duit syiling dinar emas ialah AS$153 (RM519) manakala dirham perak ialah AS$3.30 (RM10.80).

    Pertubuhan Wakala Induk Nusantara (WIN) ialah badan yang mengedarkan duit emas itu di Indonesia.

    "Kami memutuskan untuk menggunakan duit emas dan perak berikutan fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Abdalqadir di bandar Cape Town, Afrika Selatan yang melarang penganut Islam menggunakan wang kertas," kata seorang pegawai WIN, Riki Rokhman Azis.

    Menurut seorang ibu tiga anak yang turut mengendalikan perkhidmatan pertukaran wang emas, Kurniawati, secara puratanya empat orang datang ke kedainya setiap hari untuk membeli beras, minyak masak, sabun dan pakaian.
    Dia yakin dengan penggunaan wang emas setelah suaminya memberikan mas kahwin dengan menggunakan duit emas lapan tahun lalu. - AFP Kosmo

    Read more...

    Penggunaan Dinar semakin berkembang...

    Tuesday, March 15, 2011

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

    Berikut keratan akhbar penggunaan dinar yang mungkin menjadi pengganti matawang masa hadapan. Memiliki dinar atau jongkong emas sekarang adalah langkah bijak sebelum nilainya semakin tinggi....


    Renung-renungkan!!..... 

    Read more...

    Jenis-jenis Emas diMalaysia

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

    Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa itu Pelaburan Emas?....Emas mana yang ok?...Emas mana yang tak ok??....
    Sebenarnya semua emas adalah ok dan baik... cuma yang membezakan antara emas ini adalah dari segi Pengeluar, Jenama, Ketulenan dan Berat sesuatu Emas. Hanya BERAT dan KETULENAN emas sahaja yang mempengaruhi harga sesuatu emas tu. Untuk mempermudahkan anda membuat pilihan, dibawah ni saya senaraikan jenis-jenis emas. Lepas baca, pandai-pandailah anda membuat pilihan.

    Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu:
    1. Pelaburan secara emas fizikal
    2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas
    Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
    1. Syiling emas
    2. Jongkong emas
    3. Barang kemas
    Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
    1. Mudah dibawa
    2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
    3. Mudah ditunaikan.
    4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
    5. Boleh digadaikan.
    Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % – 40%).
    Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:
    1. Maybank – Syiling Kijang Emas
    2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
    3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
    4. Public Dinar – Dinar emas
    5. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
    6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas

    KIJANG EMAS

    KELEBIHAN KIJANG EMAS.
    1. Boleh dibeli di Maybank di seluruh Malaysia
    2. Mempunyai spread yang rendah (3.1% – 6.6%)
    3. Kualiti emas 24k (999.9)
    4. Boleh beli guna kad kredit (Maybank sahaja)
    5. Harga yang rendah
    6. Boleh digadaikan kalau nak guna cash
    p/s: Spread bermaksud perbezaan di antara harga belian dan jualan.
    KELEMAHAN KIJANG EMAS.
    1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan Kijang Emas kerana ia sangat laris.
    2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak Maybank tidak akan menerima kembali syiling berkenaan.
    3. Boleh dibeli pada waktu banking hour Maybank sahaja.
    4. Tak boleh booking kat Maybank. Kena datang cepat-cepat beli kalau ada stok.
    5. Kena bayar cash. Cuma kad kredit Maybank yang boleh guna kalau nak beli pakai kad kredit.

    EMAS UOB

    KELEBIHAN EMAS FIZIKAL UOB
    1. Syiling Emas yang dijual adalah syiling emas pelaburan terkemuka dunia.
    2. Mempunyai spread yang rendah (2.5% – 19.6%)
    3. Kualiti emas 24k (999.9)
    4. Harga yang rendah
    5. Boleh digadaikan kalau nak guna cash
    Antara syiling emas terkenal yang dijual UOB Bank ialah:
    1. Canadian Gold Maple
    2. Australian Kangaroo
    3. Singapore Gold Lion.
    KELEMAHAN.
    1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan syiling Emas UOB kerana ia sangat laris.
    2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak UOB tidak akan menerima kembali syiling berkenaan.
    3. Sijil pembelian emas UOB juga tidak boleh hilang. Kalau hilang maka UOB tidak akan menerima semula syiling emas berkenaan.
    4. Boleh dibeli pada waktu banking hour UOB sahaja.

    EMAS PUBLIC GOLD

    KELEBIHAN MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD.
    1. Stok sentiasa ada. Tidak seperti Kijang Emas dan UOB yang menghadapi masalah mendapatkan stok emas. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana
    pelabur boleh membeli emas ketika harga murah.
    2. Harga yang dijual adalah kompetitif
    3. Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.0)
    4. Spread yang kecil (antara 5% – 6%)
    5. Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi mudah untuk membeli produk Public Gold.
    6. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan.
    Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahn.
    7. Emas Public Gold boleh digadaikan.
    8. Boleh beli menggunakan kad kredit (tambah 3%) tapi kena pergi office kat Penang.
    9. Public Gold menawarkan peluang menjadi agen kepada produk mereka. Jadi bagi sesiapa yang berminat membuat business menjual emas pelaburan maka anda boleh
    menjadi agen Public Gold.
    Selain membeli syiling emas dan jongkong emas, salah satu daripada emas pelaburan yang boleh dibeli di Malaysia ialah dinar emas.
    1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram.
    Terdapat 2 jenis dinar emas yang dijual di Malaysia iaitu:
    1. Dinar Emas Public Dinar Sdn. Bhd. (anak syarikat Public Gold)
    2. Dinar Emas Kelantan

    DINAR EMAS PUBLIC DINAR

    KEBAIKAN DINAR EMAS PUBLIC DINAR:
    1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru nak memulakan pelaburan emas.
    2. Spread yang rendah (5% – 6%)
    3. Boleh digadaikan di Ar-rahn
    4. Design yang cantik
    5. Mudah dibeli melalui agen Public Gold.

    DINAR KELANTAN

    KEBAIKAN DINAR EMAS KELANTAN:
    1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru nak bermula
    2. Boleh digadaikan di Ar-rahn
    KELEMAHAN DINAR EMAS KELANTAN:
    1. Spread dinar emas Kelantan agak tinggi iaitu 9%
    2. Tidak semua negeri mempunyai Ar-rahn dinar emas Kelantan.

    EMAS POH KONG


    KEBAIKAN JONGKONG EMAS POH KONG:
    1. Anda boleh beli menggunakan kad kredit
    2. Mungkin lokasi kedai emas lebih berhampiran tempat tinggal anda.
    KELEMAHAN JONGKONG EMAS POH KONG:
    1. Harga emas yang dijual adalah tinggi
    2. Kadang-kadang ada kos workmanship
    3. Spread yang sangat tinggi (10% – 25%)
    4. Jongkong Emas Lady Fortuna dan Poh Kong Bunga Raya diletakkan di dalam bekas plastik yang tidak boleh dibuka. Jadi susah kalau nak gadaikan. Kalau buka
    juga maka kedai emas akan tolak tinggi sewaktu anda nak jual semula. Memandangkan harga emas yang tinggi dan susut nilai juga terlalu tinggi, penulis e-book tidak
    menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas untuk tujuan pelaburan.
    Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas.

    Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu
    1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
    2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)
    Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan.
    Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

    Amacam??....dah tahu jenis-jenis emas??.....Harap info ini berguna untuk rujukan anda....renung-renungkan!!!....

    Read more...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

    Back to TOP